Habib bin Mudhahir

Kisah 1 : Habib al-Mudhahir

Akulah Habib


Seorang lelaki tua memperkenalkan dirinya kepada para yang hadir di dalam sebuah khemah.

 

“Akulah Habib bin Mudhahir. Aku berasal daripada puak Bani Asad (salah sebuah puak Arab Madinah)”.

 

Salah seorang yang berada di dalam khemah itu sangat lanjut usianya. Dia telah berjumpa dengan keterunan terdahulu al-Habib. Dia mengenali Habib dan berkata:

 

“Habib mengatakan sesuatu yang benar”. Kemudian dia menambah:

 

“Dia merupakan anak kepada Riaab bin al-Ashtar bin Fakas bin Tareef bin Qais bin al-Harith bin Thalaba bin Doodad bin Asad.

 

Lalu berkata pula salah seorang lelaki di dalam khemah itu:

 

“Dia merupakan sahabat Rasulullah (saw). Dia tinggal di Kufah sejak Kekhalifah Imam Ali bin Abi Talib (as). Dia berjuang di dalam Peperangan Siffin (peperangan menetang pemberontakan oleh Muawiyah ke atas Imam Ali (as) sebagai khalifah), dan Peperangan Nihrawan (peperangan menentang golongan Khawarij).

 

Kemudian salah seorang bertanya kepada Habib:

 

“Wahai Syeikh Bani Asad, apa yang engkau bawa?”

 

Habib menjawab pelahan:

 

“Aku membawa sesuatu yang tiada seorang ketua pun yang membawanya kepada pengikutnya”.

 

 

Kumpulan lelaki itu mendengar dengan penuh minat. Kemudian Habib berkata lagi :

 

“al-Husain, anak Ali dan Fatimah Zahra sudah berada di sini. Sekumpulan orang yang beriman menemani beliau. Dan para musuh sedang mengepung mereka. Mereka mahu membunuhnya. Jadi aku datang kepada kamu semua. Aku meminta kamu semua mempertahankan al-Husain dari musuh bagi menyelamatkan maruah Rasulullah (saw). Demi Allah! Jika kamu semua mempertahankannya, Allah (swt) akan memberi kamu penghormatan di dunia dan di akhirat”.

 

Salah seorang dalam kumpulan itu berdiri, namanya Abudullah bin Bashir al-Asadi. Dia berkata:

 

“Semoga Allah merahmati usaha kamu. Kamu telah membawa satu perkara yang membawa kami kepada kebaikan. Aku adalah yang pertama akan mempertahankan al-Husain untuk menentang musuhnya”.

 

Setelah itu, Habib berjaya mengumpul 90 orang sukarela untuk menjadi pejuang dalam mempertahankan Imam Husain (as). Habib membawa kumpulannya itu pergi menuju Karbala. Di sanalah Imam Husain bin Ali (as), keluarganya serta para penyokongnya sedang berkhemah dan dikepung oleh para musuhnya, musuh Rasulullah (saw) dan musuh Allah (swt).

 

Ramai dikalangan umat Islam berpecah kerana persengketaan dalam menetapkan kekhalifahan, mereka terpecah kepada dua kelompok, satu kelompok yang menyokong peneraju kepimpinan selepas kewafatan Rasulullah (saw) iaitu para Ahlul Bayt Rasulullah (saw), dan satu kelompok umat Islam lagi menyokong peneraju kepimpinan legasi Abu Sufyan bekas pemerentah kota Mekah yang kaya.

 

Ini merupakan masa yang sesuai bagi mereka untuk menghidupkan kembali pemerintahan mereka setelah sekian lama tunduk di bawah pemerintahan Bani Hashim, Rasulullah (saw) dan juga Islam.

 

Pada ketika itu seorang lelaki yang juga berasal dari Bani Asad telah menjadi pengkhianat. Dia mengambil kesempatan dalam kegelapan malam pergi menuju memberi tahu Umar bin Saad, ketua pemerintah tentera Yazid bin Muawiyah bin Abu Sufyan, tentang keadaan Habib dan para pengikutnya.

 

Tentera Yazid pada ketika itu, sedang menyekat pasukan Imam Husain (as) dari meminum air dari sebatang sungai yang berdekatan dengan Karbala. Ini bukanlah akhlak yang telah dicontohi oleh Rasulullah (saw).

 

Umar bin Saad telah membina sebuah pasukan tentera yang besar. Di dalam pasukan itu, terdapat 500 pasukan berkuda. Al-Azraq yang mengepalainya.

 

Ramai dari umat Islam yang menolak kepimpinan tulin Islam yang tidak mahukan kekayaan dunia. Entah mengapa umat Islam yang baru memeluk agama Islam itu, tidak dapat menerima cara hidup Islam yang bersederhana.

 

Pasukan berkuda itu telah membelakangi Bani Asad. Al-Azraq berkata kepada mereka untuk mundur kebelakang, perbalahan berlaku, masing-masing mahu membina nama mereka di mata pemerintahan keluarga Yazid. Bani Asad tidak mengendahkan arahan al-Azraq. Maka pertempuran berlaku, yang mengakibatkan beberapa orang dari Bani Asad terbunuh dan tercedera. Semoga Allah (swt) telah menghukum mereka dengan pengkhinatan dan ketamakkan mereka.

 

Semasa itu, kumpulan Habib dan para sukarelawan telah mengetahui bahawa al-Azraq telah membina sebuah kumpulan tentera yang besar. 500 tentera berkuda dan mereka juga dilengkapi dengan senjata yang lengkap. Mereka menjadi gerun. Oleh kerana itu, mereka membuat keputusan untuk berundur. Bagi mereka ini satu perbuatan yang sia-sia, mereka tersalah.

 

Setelah para sukarela tadi sampai ke kaum mereka iaitu kaum Mudharib, mereka telah memberi amaran agar kaum mereka duduk berdiam diri sahaja di tempat mereka.

 

Habib menjadi sedih akan perbuatan umat Islam itu tadi, Beliau memberitahu perkembangan itu kepada Imam Husain (as) tentang perangai Bani Asad dan para sukarela yang telah lari dari medan peperangan itu.

 

Lalu Imam Husain (as) berkata :

 

“Laa haw laha kuwata illa.. billah…!”

Tiada kekuatan selain dari kekeatan Allah (swt)

 

Kisah 2 : Habib al-Mudhahir

Semasa di Karbala


Berita kematian Mu’awiyah tersebar. Jadi anaknya Yazid menjadi penerus kepadanya. Bermula dari itulah sistem kekhalifahan telah bertukar menjadi empayar turun-temurun. Tiada majlis syura dalam menetukan kekhalifahan Islam selepas itu.

 

Keadilan di ketepikan. Ketamakan, kekayaan, jawatan dan pengaruh telah mempengaruhi dunia kepimpinan Islam.

 

Yazid merupakan seorang yang zalim. Dia seorang pemabuk, suka melakukan kerosakan, di suka membela anjing dan monyet. Kerana itulah Imam Husain (as) bertekad tidak mahu membayar zakat kepada pemerentahannya.

 

Ramai umat Islam di bandar berasa sengsara dengan undang-undang yang dibuat oleh Mu’awiyah semasa dia hidup. Mereka bagai kembali hidup semasa di kota Mekah dahulu sebelum kedatangan Islam. Ramai yang berdoa kepada Allah (swt) agar Mu’awiyah cepat mati. Mereka tidak berdaya untuk menentang kerajaan Mu’awiyah, bagi mereka hanya Allah (swt) sahaja yang dapat menghukumnya. Mereka bersyukur semasa kematian Mu’awiyah dicanang. Tetapi kegembiraan mereka tidak lama, setelah mendapat tahu bahawa Yazid anak Mu’awiyah menyambung kekhalifahan negara Islam. Mereka bertambah sedih kerana cara perlantikan melalui persetujuan ramai ataupun majlis syura diketepikan. Mereka marah dan bimbang.

 

Mereka menentangnya kerana keluarga Yazid bin Mu’awiyah bin Abu Sufyan tidak menghormati kesucian dalam pemerintahan Islam dan juga umat Islam itu sendiri. Mereka ditindas kembali setelah bebas dari cengkman jahiliah dahulu. Mereka merindui kasih sayang Rasulullah (saw) sebagai pemerintah negara Islam. Yang ada hanya keluarganya (saw) sebagai penyambung, tetapi mereka tidak mendapat sokongan yang sewajarnya. Mereka diketepikan.

 

Umat Islam di Kufah mencintai Imam Ali (as) kerana keperibadianya yang adil dan saksama sama seperti kepimpinan Rasulullah (saw). Amirulmukminin Ali (as) menjadikan Kufah sebagai pusat pentadbirannya semasa diangkat sebagai Khalifah.Tambahan pula orang Kufah mengetahui tentang keperibadian Imam Husain (as) yang baik dan layanan yang baiknya ke atas saudara-saudara Muslim yang lain. Tambahan pula wajahnya yang seiras dengan Rasulullah (saw).

 

Umat Islam Kufah telah menghantar banyak surat bagi menjemput Imam Husain (as) ke Kufah.

 

Di Mekah, Imam Husain (as) menerima surat umat Islam Kufah itu. Di dalam surat itu tertulis:

 

“Datanglah kepada kami! Kamu adalah ketua kami!”.

 

Imam Husain (as) telah menerima permintaan mereka. Beliau (as) membuat keputusan untuk menentang kepimpinan zalim Yazid bin Mua’wiyah. Lalu beliau (as) membawa ahli keluarganya dan para penyokongnya pergi ke Kufah.

 

 

Kisah 3 : Habib al-Mudhahir

Pengepungan


Ubaidullah bin Ziyad, salah seorang pemimpin tentera tertinggi kerajaan Bani Ummayah yang dipimpin oleh Yazid bin Mua’wiyah bin Abu Sufyan bin Harb bin Ummayah. Dia telah menghantar sebuah divisyen askar, jumlah divisyen askar tersebut adalah seramai 1,000 tentera berkuda. Mereka telah mengetahui rombongan Imam Husain (as) untuk ke Kufah. Tujuannya hanya untuk menghalang pasukan Imam Husain (as).

 

Cuaca pada hari itu sungguh panas. Pasukan berkuda Ubaidullah telah menggunakan bekalan air mereka. Tetapi pasukan Imam Husain (as) mempunyai bekalan yang hampir habis, dan meminta para saudaranya agar mengagih-agihkan bekalan air.

 

Bekalan air mereka telah habis.

 

Imam Husain (as) berkhemah dekat dengan sungai Euphrates. Ubaidullah telah melantik Umar bin Saad untuk menjadi ketua urus dalam pasukan berkuda itu. Mereka telah memenuhi tebing-tebing sungai. Umar telah menghalang Imam Husain (as) dan para sahabatnya dari mengambil air sungai tersebut.

 

Umar bin Saad menghantar serang lelaki yang bernama Qurra bin Qais sebagai utusannya kepada Imam Husain (as). Dia mengarahkannya untuk bertanya kepada Imam Husain (as):

 

“Mengapa kamu hendak ke Kufah?”.

 

Lalu pergilah Qurra kepada pasukan Imam Husain (as). Semasa Qurra sampai, Imam (as) telah bertanyakan Habib bin Mudhahir berkenaan Qurra:

 

“Adakan kamu mengenalinya?”.

 

Lalu Habib menjawab:

 

“Ya, dia adalah Qurra bin Qais. Aku tahu dia seorang yang baik. Dan aku tidak berfikir yang dia akan menentangmu”.

 

Qurra datang dan memberi salam kepada Imam. Dia memberitahu tentang surat Umar bin Saad, dan Imam (as) membacanya, lalu berkata:

 

“Orang-orang Kufah telah memanggilku ke sana. Jika mereka membenciku, aku akan meninggalkan mereka”.

 

Qurra hanya berdiam diri, dia hanya ingin mendengar sahaja. Selepas itu dia meminta diri kepada Imam (as) untuk pulang kepada Umar bin Saad. Lalu Habib bin al- Mudhahir berkata:

 

“Tahanlah dirimu wahai Qurra! Janganlah kamu pulang kepada orang yang zalim itu! Sokonglah Imam Husain!”

 

Lalu Qurran berkata:

 

“Berilah aku memberitahu Umar tentang jawapan Imam Husain. Kemudian aku akan mempertimbangkan permintaanmu ini”.

 

 

Kisah 4 : Habib al-Mudhahir

Tasu’a


Pada 9 Muharram tahun ke-61 selepas hijrah. Umar bin Saad memulakan serangannya di waktu malam. Dia bersama pasukkannya mara ke khemah Imam Husain (as).

 

Zainab, anak perempuan Imam Ali (as) telah mendengar kebisingan tentera musuh. Lalu beliau telah berkata kepada abangnya Imam Husain (as):

 

“Para musuh sendang mara ke arah kita!”.

 

 

Imam Husain (as) mengarahkan saudaranya al-Abbas untuk pergi bertanya mereka. Lalu al-Abbas, Habib bin Mudhahir, dan 20 orang pengikutnya lompat ke atas kuda mereka dan memacu ke arah pasukan Umar. Al-Abbas bertanyakan tentang tujuan mereka. Lalu mereka berkata:

 

“Patuhlah kamu semua kepada Ubaidullah bin Ziyad, jika tidak kami akan menyerang kamu…!”

 

Al-Abbas pulang semula ke Imam Husain (as) bagi memberitahu kepadanya tentang tujuan para musuhnya.

 

Habib pula tinggal berhadapan dengan para musuh itu, beliau mula menasihati pasukan tentera musuhnya itu:

 

“Demi Allah (swt), esok Allah akan mengenali kamu semua sebagai orang yang jahat! Bagaimana kamu akan bertemu-Nya sedangkan kamu semua akan mahu pergi membunuh Imam Husain dan ahli keluarganya? Tidakkah kamu ketahui bahawa dia adalah cucu Rasulullah (saw)? Tidakkah kamu mengetahui mereka inilah orang yang mendirikan dan menjaga sembahyang malam mereka dan mereka semua itulah yang sentiasa mengigati Allah (swt)?”

 

Salah seorang musuh yang dikenali sebagai Uzrah berkata:

 

“Wahai Habib, kamu hanya mengangkat darjat kamu sahaja!”

 

Lalu Zuhair berkata:

 

“Hanya Allah sahaja yang mengangkat darjat dan memandu dia. Uzrah! Aku nasihati kamu agar takut kepada Allah (swt)”.

 

Kisah 5 : Habib al-Mudhahir

Untuk pencinta solat


Al-Abbas pergi kepada Imam Husain (as) bagi mengkhabarkan tentang tujuan musuh mereka itu. Lalu Imam (as) berkata kepadanya:

 

“Pergilah kembali dan katakanlah kepada mereka ini adalah masa untuk mendirikan solat. Kami mahu bersolat kepada Allah. Kami mahu meminta Allah akan keampunan-Nya untuk kita. Allah (swt) mengetahui bahawa aku mencintai orang yang cinta kepada solat, membaca al-Quran dan orang yang memohon keampunannya”.

 

Al-Abbas pulang semula dan meminta mereka untuk menangguhkan hasrat mereka untuk menyerang lalu menbkhabarkan permintaan dan nasihat Imam (as) itu tadi. Umar bin Saad berfikir sejenak. Dia berpendapat dengan itu, Imam Husain (as) akan berubah pendiriannya iaitu tunduk kepada kepimpinan mereka. Lalu, dia bersetuju dengan permintaan Imam Husain (as) dan berkata:

 

“Kami akan memberikan kamu peluang sehingga esok. Jika kamu membenarkan, kami akan membawa kamu semua kepada Amir Ubaidullah bin Ziyad. Tetapi jika kamu semua berkeras, kami tidak akan melepaskan kamu semua”.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kisah 6 : Habib al-Mudhahir

Imam Husain (as) bersiap untuk berperang


Imam Husain (as) dan para sahabatnya mula bersolat dan membaca al-Quran, itu mungkin adalah malam terakhir bagi mereka di dunia ini.

 

Khemah-khemah mereka ada di mana-mana. Imam Husain (as) mahu agar pihak musuh tidak mudah membuat tumpuan sasaran. Beliau (as) mengarahkan para sahabatnya agar mengikat khemah mereka dengan kuat. Juga mengarahkan mereka untuk mengali lubang agar di belakang khemah mereka agar dapat dijadikan kubu kecil mereka dan menyerang dari satu arah.

 

Imam bertemu para sahabatnya dan berkata:

 

“Aku memuji Allah dengan pujian yang terbaik! Aku besyukur kepada Allah di dalam segala keadaan samaada baik atau tidak! Ya Allah! Aku besyukur kapada-Mu kerana menjadikan datukku seorang Nabi dan mengajarkan kami al-Quran! Aku bersyukur kepada-Mu kerana memberikan kami telinga, mata dan hati. Aku bersyukur kepada-Mu kerana Engkau tidak menjadikan kami para penyembah berhala”.

 

Imam berkata lagi:

 

“Aku tidak terfikir bahawa ada para sahabat sekarang ini yang lebih baik dari para sahabatku, bahawa ada para ahli keluarga yang setia dari apa yang ku miliki! Semoga Allah (swt) menganugerahi kamu semua. Aku berfikir bahawa kita akan bertemu para musuh kita pada esok hari! Sekarang pergilah kamu semua!

Semua para sahabat dan ahli keluarganya berteriak. Mereka enggan dengan permintaan Imam (as) dan berkata:

“Kami akan berkorban jiwa kami, dirham kami dan keluarga kami bagi mempertahankanmu dari musuhmu. Kami semua akan berdiri kukuh disisimu!

 

 

Kisah 6 : Habib al-Mudhahir

Para tahanan perang


Seorang lelaki muda pergi menuju perkhemahan Imam Husain (as). Dia sedang mencari ayahnya yang bernama Muhammad bin Bashir al-Hadrami.

 

Pemuda itu akhirnya berjumpa dengan ayahnya dan berkata kepadanya:

 

“Adik telah menjadi tawanan perang di Ray (sebuah bandar berdekatan dengan Teheran).

 

Lalu ayahnya berkata:

 

“Aku akan mempertahankan Imam Husain (as) dalam apa jua keadaan!”

 

Lalu Imam Husain berkata:

 

“Kamu telah bebas. Pergilah dan tebuslah anak kamu itu!”

 

Muhammad bin Bashir menolaknya dan berkata:

 

“Demi Allah, aku tidak akan meninggalkan kamu!”

 

Imam Husain (as) memberikan dia 5 helai pakaian. Setiap pakaian itu berharga 1000 dinar. Beliau (as) berkata kepadanya:

 

“Berikan kepada anakmu agar dia dapat menebus adiknya”.

 

Muhammad menerimanya, maka sahabatnya itu berkeputusan untuk sedia mati bersamanya daripada hidup dengan orang yang zalim.

 

 

 

Kisah 7 : Habib al-Mudhahir

Khemah Zainab


Di pertengahan malam, Imam Husain (as) keluar untuk meninjau-ninjau kawasan bukit yang berdekatan. Seorang sahabatnya yang bernama Nafi bin Hilal al-Jamali, melihat lalu mengekorinya.

 

Imam bertanyakan sahabatnya itu, mengapa dia keluar.

 

Lalu sahabatnya berkata:

 

“Wahai anak Rasulullah. Aku risau akan keadaanmu”.

 

Imam (as) berkata:

 

“Aku keluar untuk meninjau keadaan bukit-bukit di sini”.

 

Imam Husain (as) dan sahabatnya yang beriman itu pergi bersama. Dalam perjalanan itu, Imam Husain (as) berkata kepada sahabatnya itu:

 

“Mengapa engkau pergi sahaja ke bukit ini di dalam gelap untuk menyelamatkan diri kamu?

 

Hilal menangis dan berkata:

 

“Tidak! Demi Allah, aku tidak akan membiarkan kamu seorang, aku mahu mati di bunuh bersama-sama mu!

 

Semasa Imam (as) pergi ke khemahnya, Beliau (as) masuk ke dalam khemah adiknya Zainab. Hilal hanya berdiri di sisi khemah itu sambil menunggunya. Hilal terdengar kata-kata Zainab kepada abangnya:

 

“Adakah kamu yang pasti dengan kemahuan sahabat-sahabat kamu?”

 

Lalu Imam (as) berkata:

 

“Demi Allah, aku telah menguji mereka. Mereka berani. Mereka bersedia untuk mati keranaku”.

 

Semasa Nafi mendengar kata-kata Zainab, dia menangis dan terus menuju ke khemah Habib. Dia mengadukan perkataan Zainab. Dia berkata kepada Habib:

 

“Kita harus pergi kepadanya (zainab) agar menenangkan kegusarannya”.

 

Habib berdiri, dan meninggalkan khemahnya, dan dia berkata dengan kuatnya:

 

“Whai sahabatku yang baik”

 

Semua lelaki itu keluar dari khemah mereka. Mereka berdiri menegelilingi Habib. Lalu dia berkata kepada mereka:

 

“Mari kita semua pergi ke khemah Zainab untuk kita menenangkan kegusarannya!”

 

Lelaki-lelaki itu semua telah mencapai pedang mereka dan pergi menghala ke khemah Zainab. Mereka berkata kepadanya:

 

“Demi Allah, kami telah bersedia untuk berjuang dengan jiwa kami untuk engkau!”

 

Lalu Zainab keluar dan berkata:

 

Wahai sahabat yang mulia, pertahankan cucu Rasulullah (saw) dari ancaman musuhnya”.

Habib dan seluruh para sahabatnya menangis. Mereka telah berkeputusan untuk berjuang sehingga ketitisan darah yang terakhir.

 

 

Kisah 8 : Habib al-Mudhahir

Mimpi


Para sahabat Imam Husain (as) pulang semula ke khemah mereka masing-masing. Ada sebahagian sahabat masuk ke dalam khemah untuk tidur dan rehat untuk bersiap sedia bagi peperangan esok hari. Ada yang mula bersembahyang dan ada yang membaca al-Quran. Imam Husain (as) sedang mengasah pedangnya. Setelah itu beliau (as) terasa penat dan mula memejamkan matanya, beliau tertidur.

 

Sekitar awal pagi, Imam Husain (as) bermimpi, beliau (as) terlihat beberapa ekor anjing datang menyerangnya. Salah seekor anjing tersebut mempunyai tompok. Anjing itulah yang telah mengigit ganas lehernya (as). Mimpi itu telah membuatkan Imam (as) terjaga. Lalu beliau (as) berkata:

 

“Innalilahiwainalilahirojiunn” (dari Allah kita datang, kepada Allah kita akan kembali).

 

 

 

 

 

 

 

 

Kisah 9 : Habib al-Mudhahir

Hari Asyura


Pagi telah pun menjelang, hari itu adalah tanggal 10 Muharram, Imam Husain (as) dan para sahabatnya berkumpul lalu mengungkapkan bacaan doa-doa mereka ke hadrat Allah (swt).

 

Imam Husain (as) telah mempersiapkan para sahabatnya untuk peperangan itu. Beliau (as) telah membina 3 kumpulan kecil. Zuhair bin al-Qain mengepalai sayap kanan. Habib al-Mudhahir mengepalai barisan kiri dan al-Abbas, adik kepada Imam Husain (as) mengepalai barisan utama pasukan umat Islam.

 

Imam Husain (as) menunggang unta betinanya dan berdiri dihadapan barisan tentera Yazid. Beliau (as) mengungkapkan bait-bait pujian kepada Allah (swt) dan mula menasihati pasukan Yazid itu. Beliau (as) menyatakan tindakan mereka itu adalah sebuah jenayah yang amat besar, menentang cucu Rasulullah (saw), sama seperti mereka menentang Rasulullah (saw).

 

Usaha Imam (as)  hanya menemui jalan yang sia-sia, mereka tidak mengendahkannya. Bagi mereka kekhalifahan itu boleh dijawat oleh sesiapa sahaja. Yang penting, kepimpinan Rasulullah (saw), kepimpinan Bani Hasyim hanya tamat kepada Baginda (saw). Jawatan itu boleh dijawat oleh sesiapa sahaja. Jadi hukum rimba telah menguasai, yang kuat memerintah kepada yang lemah. Syaitan juga telah mempengaruhi para tentera Yazid. Bagi mereka usaha mereka ini akan disenangkan dengan kemewahan yang dijanjikan. Mereka melupai seruan Allah (swt).

 

Mereka menjadi kuat setelah mendapat sokongan kuat dari bekas pemerintahan Rom, Parsi dan Yahudi yang sentiasa mahu melihat kehancuran umat Islam.

 

 

 

 

 

Kisah 10 : Habib al-Mudhahir

Peperangan


Tentera Yazid memulakan serangan ke atas tentera Imam Husain (as), ribuan anak panah menghujani mereka.

 

Imam Husain (as) berkata kepada para sahabatnya:

 

“Kamu adalah sahabat yang mulia, berdirilah untuk kesyahidan”

 

Kedua-dua pasukan telah bertempur dalam pertempuran yang kecil. Setelah pertempuran itu selesai dan mereka kembali kekhemah masing-masing

 

Tetapi tentera Yazid telah melancarkan serangan kilat dalam menentang para sahabat Imam Husain (as). Mereka datang menyerang ke khemah.

 

Ini telah mengakibatkan sahabat Imam (as) tidak dapat bersedia menentang serangan kilat itu. Ramai yang mati dan kematian syahid bagi mempertahankan kemuliaan cucunda Rasulullah (saw).

 

 

Kisah 11 : Habib al-Mudhahir

Kesyahidan Muslim


Amru bin al-Hajjaj mula melancarkan serang yang amat besar. Para sahabat Imam Husain (as) tidak gentar malahan menentangnya dengan bermati-matian.

 

Muslim bin Ausajah, salah seorang sahabat Imam (as) telah berjuang dengan beraninya. Setelah pertarungan demi pertarungan, luka di badannya bertambah teruk akibat dari serangan-serangan pedang dan tombak, badannya semakin lemah dan beliau kecundang. Beliau rebah ke bumi.

 

Imam Husain (as) melihat tubuh Muslim terbaring di atas tanah. Beliau (as) dan Habib al-Mudhahir segera menyerang tentera-tentera Yazid. Mereka ingin menyelamatkan Muslim bin Ausajah dari serangan mereka. Muslim dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

 

Imam Husain (as) menjadi amat sedih melihat keadaan yang teruk dialami oleh sahabatnya itu.

 

“Wahai Muslim! Semoga Allah merahmatimu. Aku mengkhabarkan tentang berita yang baik tentang syurga ke atas kamu”.

 

Di dalam kesakitan itu Muslim berkata:

 

“Semoga Allah memberikan perkhabaran itu kepadamu”

 

Lalu Habib berkata:

 

“Aku harap aku dapat mendengar wasiat engkau wahai sahabat ku, tetapi setelah ini akan mengikutimu”.

 

Muslim melihat sayu sahabatnya yang menangis, kemudian beliau melihat kepada Imam Husain (as) lalu berkata:

 

“Wahai Habib, aku meminta engkau mati kerana Husain”.

 

Lalu Habib menyambutnya:

 

“Demi Tuhan kepada Ka’abah, aku pasti sahabatku!”

 

 

 

 

 

 

 Kisah 12 : Habib al-Mudhahir

Kegembiraan


Pada hari itu, perasaan Habib penuh dengan kegembiraan. Beliau hanya tersenyum.

Sahabatnya berasa sungguh hairan dan bertanya kepadanya:

“Mengapa kamu gembira”

Lalu Habib menjawab:

“Aku gembira kerana aku akan terbunuh dan akan memasuki ke dalam syurga!”.

 

Selawat.

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s