Simpati kepada haiwan peliharaan

 

Simpati kepada haiwan peliharaan

_____________________________________________________________________________________________

Manusia adalah ciptaan Allah (swt) yang paling mulia. Di alam semesta ini menunjukkan bahawa manusia merupakan ciptaan yang paling utama dan Allah (swt) telah menciptakan manusia untuk membuat kemajuan secara beransur-ansur. Allah (swt) juga menjadikan semua perkara lain bagi kemudahan manusia dan membantu manusia untuk mencapai obejektif kehidupannya. Haiwan-haiwan juga diciptakan untuk membantu manusia dalam kehidupan ini.

Manusia menggunakan haiwan untuk pelbagai tujuan. Ada haiwan yang digunakan untuk kerja pertanian dan ada sebahagiannya bagi tujuan pengangkutan. Ada haiwan digunakan bagi tujuan membekalkan makanan kepada manusia sebagai contoh susu, daging, telor dan sebagainya.

Begitu banyak manfaat yang diperolehi dagi haiwan-haiwan, oleh itu menjadi tanggung jawab kita untuk memelihara dan melindunginya. Ajaran di dalam agama Islam telah jelas dan nyata.

Rasulullah (saw) pernah bersabda :

“Adalah menjadi tanggungjawab seseoang yang menggunakan haiwan untuk tunggangan mereka bagi menyediakan mereka makanan dan minuman serta memeliharanya dengan baik. Mereka tidak sepatutnya membebankan haiwan tuggangan dengan melebihi kemampuannya dan tidak boleh menyakiti haiwan mereka”.

Dengan penjelasan di atas, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memelihara haiwan-haiwan ini dengan simpati dan menyayangi mereka.

Penjagaan yang khusus terhadap haiwan ternakkan dengan memberikan makanan dan kandang yang selesa. Kita tidak boleh sekali-kali menzalimi haiwan-haiwan peliharaan ini.

Haruslah kita menginsafi bahawa Imam Ali (as) juga mengambil perhatian yang lebih ke atas haiwan kerana haiwan juga suka jika kita melayan mereka sama seperti kita melayan sesama manusia.

Islam mengarahkan kita untuk melayani haiwan dengan baik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s