Raja dan semut

CUBA, CUBA DAN CUBA LAGI


Timur! Amir Timur merupakan seorang Raja Mongolia yang hebat. Baginda merupakan seorang pahlawan yang ulung dan berani. Melalui usahanya yang tidak pernah putus, baginda telah menawan hampir separuh daripada bumi ini. Kesungguuhan baginda amat mengkagumkan. Tahukah adik-adik bahawa baginda mempelajarinya dari seekor semut. Amir Timur telah menceritakan kisah bagaimana ianya terjadi.

Pada suatu masa, baginda telah pergi berperang. Dan baginda kalah dalam pertempuran itu. Baginda telah melarikan diri di suatu tempat untuk menyelamatkan diri. Baginda menyembunyikan dirinya di suatu kawasan yang selamat. Dengan keadaan yang letih dan kelaparan baginda duduk sambil memerhatikan dengan teliti benda-benda kecil sekitarnya. Baginda perasan seekor semut sedang bekerja.

Semut itu sedang mengangkat sebutir gandum di mana ianya lebih besar darinya. Dengan beban yang berat itu, semut itu cuba memanjat sebuah batu yang besar. Gandum itu jatuh. Semut itu tadi turun dan mengangkat gandum itu dan kembali memanjat dinding tersebut. Gandum itu jatuh lagi. Sekali lagi semut itu mengangkat gandum itu tadi. Jatuh dan mulakan sekali lagi. Semut itu tidak putus harapan. Semut itu cuba, dan cuba lagi. Amir Timur, Raja Mongolia itu memberitahu bahawa semut itu telah mencubanya sehingga tiga puluh tiga kali sehingga semut itu berjaya menaikkan gandum itu. Baginda mendapat pengajaran dari seekor semut itu. Manusia hilang dorongan. Dia menjadi lemah. Tetapi dia mesti kuatkan semangat.

Sangat mendalam kesannya, Amir Timur keluar dari tempat persembunyian dan pergi mengumpulkan kembali askar-askarnya yang melarikan diri akibat kekalahan itu. Baginda membina semula pasukan askarnya. Dan kemudian menyertai semula peperangan, dan akhirnya berjaya. Dan bermula dari hari itu, kejayaan demi kejayaan diperolehinya. Baginda mempelajari agar tidak perlu untuk hilang harapan dan malas. Sehingga baginda menjadi Raja yang hebat.

Kesungguhan yang konsistan adalah kunci kejayaan. Semut adalah contoh yang terbaik. Manusia harus mencontohinya. Jangan hilang semangat. Islam mengajar nilai yang sebenar tentang kehidupan. Setiap orang mesti cuba dengan gigihnya dan capai keputusan yang hebat di dalam kehidupan.

Quran mengajar kita :

Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakan.

Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan.

Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna.

(Surah An-Najm 53:39-41)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s