Penciptaan Adam (as) : Bersama adik Shamim

PENCIPTAAN ADAM


Pada suatu hari, Shamim bertanya kepada neneknya, “Nenek, beritahu saya, siapa yang menciptakan kita? Dan bagaimana kita datang ke dunia ini?”

Nenek Shamim tersenyum manis dan berkata, “Ya, cucuku.. nenek akan ceritakan. Shamim kena dengar cerita nenek baik-baik dan ingat sampai bila-bila”.

Nenek memulakan ceritanya.

“Pada zaman awal sebelum penciptaan manusia, sudah berjuta-juta tahun dahulu, terdapat air, pokok-pokok, bukit-bukau, gunung-ganang, burung dan binatang-binatang di atas bumi ini. Tidak ada satu pun manusia baik lelaki mahupun perempuan.

“Dan pada suatu ketika Allah berkehendak untuk mencipta manusia. Badan manusia pertama yang dicipta-Nya adalah seorang lelaki. Setelah itu Allah menghidupkannya dengan memberi nyawa kepada lelaki tersebut. Dan manusia itu dikenali sebagai Adam. Setelah penciptaan ini, Allah telah memanggil semua para malaikat-Nya untuk sujud kepada Adam. Sujud ini bukanlah sujud penghambaan kepada manusia, tetapi sujud ini merupakan sujud penghormatan atas perintah Allah. Tetapi terdapat seekor Jin (yang mana jin ini amat kuat beribadah bersama-sama dengan para malaikat) yang dikenali sebagai Azazil. Shamim janganlah ikut jin ni tau.. Dia tidak mengikut perintah Tuhan dan Pencipta-nya, nanti Shamim tahu kenapa nenek cakap begitu”.

Nenek meneruskan penceritaannya; Lalu Allah telah berkata kepada Azazil:

“Mengapa engkau tidak patuh dan tidak sujud mengikut perintah-Ku?”.

Dengan perasaan yang takbur, ia menjawab : “Wahai Tuhan ku, Engkau telah menciptakan aku dari api. Dan sekarang Engkau arahkan aku untuk sujud kepada tubuh yang Engkau cipta dari tanah dan bumi ini. Aku tidak akan merendahkan tarafku. Disebabkan itu aku tidak akan tunduk sujud kepada Adam.

Allah amat murka dengan jawapan yang diberikan. Apa yang sepatutnya, semua penciptaan-Nya mestilah patuh akan perintah-Nya.

Azazil telah dikeluarkan dari syurga dan turun ke bumi. Dan bermula sejak hari itu dia telah digelar sebagai Iblis. ( iblis adalah kata berasal dari perkataan ablasa yang bermaksud pembangkang)

Iblis sebelum turun ke bumi telah merayu kepada Allah dengan mengungkit-ngunkit peribadatan dan kepatuhannya selama ini.

Dengan itu Allah telah meminta Iblis meminta apa yang dimahukan.

Iblis berfikir sejenak. Ia merasakan disebabkan oleh Adam, ia dikeluarkan dari syurga. Sebenarnya bukanlah disebabkan Adam tetapi kerana kesombongan, ia dikeluarkan. Jadi kerana perkara sujud penghormatan ini, Iblis memusuhi Adam. Iblis telah memohon kepada Allah untuk memanjangkan hayatnya sehingga hari Kiamat. Allah telah memakbulkan permintaannya sehingga ke suatu hari yang ditentukannya. Itulah hari di mana hari kemunculan Imam Mahdi. Imam Mahdi lah yang akan menghabiskan riwayat Ibis di muka bumi ini.

Dengan dikurnikan umur yang panjang ini, dia bersumpah untuk menyesatkan Adam dan seluruh keturunannya dalam setiap kehidupan mereka.

Mendengar akan perkara itu, Allah memberitahu Iblis bahawa tipu dayanya hanya berjaya ke atas manusia yang memiliki pemikiran dan perbuatan sepertinya (iblis). Tetapi engkau tidak akan berjaya menghasut orang-orang yang beriman dan baik.

Dan kemudian itu, Allah (swt) menjadikan Hawa sebagai pasangannya, dan dari perkahwinan inilah maka berkembanglah zuriat manusia sehingga ke hari ini.

“Ohh.. Macam tu kejadian manusia. Tapi! Jahat betul Iblis ni-kan, nenek” kata Shamim yang mula tahu tetang perangai Iblis.

“Boleh ke Iblis ni menyakiti kita, nek?” tanya Shamim.

“Boleh…” kata Nenek. “Iblis boleh mendatangkan masalah kepada kita dengan membuat tipudaya. Dia suka bisikkan perkara tidak baik dekat hati & telinga kita, supaya kita dapat ikut cakap dia”. Kata nenek. “Sebab itu kita kena banyak belajar ilmu agama dan ilmu akhlak, supaya nanti kalau ada bisikan tidak baik kita dapat berfikir berdasarkan ilmu yang kita ada. Kita semua kena berhati-hati dengan Iblis dan Syaitan”.

“Shamim tahu tak bahawa taraf kita disisi Allah (swt) lebih mulia dari segalanya. Sebenarnya kedudukan tanah lebih tinggi darjatnya dari api di sisi Allah (swt). Allah telah menyatakannya di dalam al-Quran. Tapi ramai yang tak tahu. Hari ni nenek bagi tahu Shamim, semuanya telah dicerita melalui sepotong ayat pendek dari surah Yasin, ini telah diterangkan oleh Imam Ja’afar (as) piut Rasulullah (saw) kepada kita”.

“Tuhan yang telah menjadikan api dari pohon-pohon hijau yang basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon-pohon itu”.

Simboliknya : Dari tanah maka tumbuhnya kayu, dari kayu maka ternyalalah api, dari api terpancarlah cahaya dan keluarnya asap.

dari TANAH (asal kejadian manusia), tumbuhnya pokok kayu

dari kayu, ternyalalah API (asal kejadian Iblis)

dari api, maka terhasilnya CAHAYA (asal kejadian malaikat) dan ASAP (asal kejadian jin).

“Sekarang Shamim dah faham nenek, siapa sebenarnya Iblis. Nanti boleh la Shamim ceritakan kepada kawan-kawan agar berwaspada dan memperlajari ilmu agama agar dapat mengawal diri dari perbuatan Iblis dan Syaitan” kata Shamim dengan semangat.

“Baiklah Shamim, hari dah malam, kita kene tidur esok-esok boleh cerita kisah lain pula, sebelum tidur Shamin kena baca doa”. Kata nenek sambil meninggalkan Shamin di bilik tidurnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s