Memaafkan dan Melupakan

Memaafkan dan Melupakan


Malik Ashtar merupakan seorang ketua parajurit Islam. Beliau merupakan salah seorang yang disanjungi di dalam sejarah Islam. Dengan memiliki keperibadian yang dipercayai,  beliau telah diangkat menjadi Gabenor Mesir. Malik Ashtar berkhidmat semasa Negara Islam dipimpin oleh Amirulmukminin (Pemimpin Orang Mukmin) Ali as.

Pada suatu hari, semasa beliau menjadi Komander di Kufah, Iraq, beliau berjalan kaki tanpa memakai kasut dan membotakkan kepalanya. Semasa beliau sedang melalui sebatang jalan, seorang lelaki telah melihat Malik Ashtar dan telah menampar kepalanya sebagai tanda bergurau agar orang ramai terhibur dan gelak. Lelaki itu tadi tidak mengetahui bahawa orang yang ditampar itu merupakan Komander. Walaubagaimanapun Malik al-Ashtar tidak mempedulikannya malahan tidak juga melihat lelaki yang membuatnya sedemikian. Beliau meneruskan perjalanan semacam tidak ada apa-apa pun berlaku.

Orang di jalan dan yang berada di kedai-kedai berhampiran melihat kejadian ini. Mereka pada awalnya berasa terkejut akan perbuatan lelaki yang biadab itu dan menjangkakan Al-Ashtar akan marah. Tetapi perkara sebaliknya berlaku, ini membuatkan mereka mula bercerita tentang keperibadian yang  merendah diri Malik Ashtar, Komander Kufah.

Lelaki biadab itu tadi yang merupakan seorang pembuat roti itu, dia baru menyedari identiti orang yang ditamparnya tadi. Dia merasakan amat takut. Dia merasakan Ketua Komander akan menghukumnya atas perbuatan yang memalukan beliau dikhalayak ramai.

Dengan segera dia berlari mencari Malik al-Ashtar untuk meminta maaf atas kesalahannya. Pembuat roti itu mencari beliau di rumahnya tetapi tidak bertemu. Setelah mencari-carinya, lelaki itu tadi terjumpanya sedang bersembahyang di Masjid Kufah. Dia menunggu sehingga Komander selesai sembahyang. Dengan sopan dia menegur Komander dengan menundukkan kepala sambil merayu kemaafan darinya.

Malik al-Ashtar meninggalkan lelaki tersebut sambil berkata, “Jiwaku hadir ke sini adalah untuk berdoa ke hadrat Allah supaya mengampunkan engkau.”

Terdapat pengajaran yang boleh kita ambil dari kisah tauladan ini. Mari kita semua mengenepikan perasaan ego dan bangga diri. Mari kita lupakan dan memaafkan setiap kesalahan orang lain ke atas kita. Malik Ashtar merupakan pengikut setia Syaidina Ali kwj.

Pesan Imam Ali (as)

“Janganlah terburu-buru untuk menghukum seseorang itu atas kesalahan yang dilakukan”. Tinggalkanlah ruang kemaafan. Sebaik-baik perbuatan adalah orang yang hebat memaafkan dan melupakan.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s