Ja’far at-Tayyar

Kisah 1 : Ja’far at-Tayyar

Kisah Permulaan


Abu Talib, Shiekh al-Batha, teringatkan anak saudaranya, nabi kita Nabi Muhammad (saw). Jadi, beliau mengambil keputusan untuk pulang untuk berjumpa dengannya (saw). Abu Talib tidak keseorangan, anaknya Ja’far yang berumur 20 tahun menemaninya. Lalu Sheikh al-Batha dan anaknya pergi ke sebuah bukit yang berdekatan dengan Kota Mekah. Setelah puas mencari-cari di sekitar kawasan itu, akhirnya mereka menjumpainya.

Ketika itu Nabi Muhammad (saw) sedang khusyuk bersembahyang. Imam Ali (as), yang masih remaja, juga sedang mengikuti  bersembahyang di sebelah kanannya (saw) juga terdapat beberapa orang pengikutnya. Mereka tidak takut kepada sesiapa kecuali Allah (swt). Mereka sedang bersembahyang; menyembah Allah (swt), Tuhan yang mencipta langit dan bumi, Tuhan yang mencipta semua makhluk.

Jemaah yang mengikuti solat itu amat sedikit. Abu Talib berpaling kepada anak lelakinya dan berkata:

“Turut sertalah menjadi sayap kepda sepupumu. Berdirilah kamu disebalah kirinya, kerana Ali telah berdiri di kanannya. Burung tidak boleh terbang kecuali dengan ada dusayap sayap”.

Semenjak dari itu, Ja’far telah dikenali di dalam sejarah Islam sebagai pembantu Nabi Muhammad (saw).

Ja’far bin Abu Talib dilahirkan sekitar 25 tahun selepas tahun Gajah. Usianya dianggarkan lebih muda sekitar 20 tahun dari Rasulullah (saw) dan 10 tahun lebih tua dari Imam Ali (as).

Ja’far bin Abu Talib dikatakan seiras dengan Rasulullah (saw). Beliau tinggal bersama al-Abbas saudara Abu Talib. Abu Talib memiliki keluarga yang besar. Rasulullah (saw) mahu mengurangkan beban yang ditanggung pakciknya itu lalu Baginda (saw) telah berbincang dengan al-Abbas untuk mengambil anak Abu Talib bagi tujuan meringankan beban Abu Talib. Rasulullah (saw) memilih Ali dan al-Abbas memilih Ja’far untuk dibawa ke rumah masing-masing.

Semasa cahaya Islam menerangi di langit Mekah, Rasulullah (saw) mengajak kaum-kaum Jahiliyah menuju kepada cahaya kebenaran itu. Baginda (saw) mengajak puak penyembah berhala dan para penentang kepada agama yang menjahui perbuatan yang  berdosa dan menyeru kepada kebebasan dari kezaliman. Baginda (saw) membawa mereka daripada terus tenggelam di dalam kegelapan dan kedegilan kepada cahaya Islam.

Tetapi para pembesar Quraish tidak mahu mendengar kepada suara Islam dan seruan-seruan Ilahi. Malahan mereka telah melancarkan serangan demi serangan kepada Rasulullah (saw) dan umat Islam yang beriman kepadanya. Mereka membuat kerosakan dan menzahirkan kemarahan ke atas orang-orang Muslim yang lemah. Mereka mendera Bilal al-Habsy, Summayah, Yasir dan ramai lagi. Pembesar Quraish memukul mereka yang tidak berdosa yang hanya menyatakan : “Allah Tuhanku!”

 

Kisah 2 : Ja’far at-Tayyar

Penghijrahan ke Habsyah


Satu malam Umat Islam Mekah, seperti kebiasaannya bertemu dengan Rasulullah (saw). Baginda (saw) berasa sedih mendengar rintihan umat Islam yang mengalami penderitaan  akibat didera oleh pembesar Quraish. Lalu Rasulullah (saw) berkata kepada mereka:

“Kita hanya memiliki Raja Habsyah. Berhijrahlah kamu ke sana. Tetaplah kamu di sana sehingga Allah mententeramkan kamu di sana”.

Keputusan untuk berhijrah ke Habsyah telah mengembirakan hati umat Islam. Pada malam hari, sebuah kumpulan kecil bertolak ke bumi Habsyah (Ethiopia), tanah di seberang Laut Merah.  Dalam pada masa yang sama, puak pembesar Quraish meningkatkan tekanan dan penderaan ke atas orang Muslim yang masih tinggal di Mekah.

Keadaan bertambah kritikal itu, Rasulullah (saw) mengarahkan sepupunya Ja’far at-Tayyar mengetuai kumpulan Muslim yang lebih besar untuk berhijrah ke Hasbsyah.

Dianggarkan seramai 80 orang mengikuti penghijrahan itu ke negeri persisiran pantai itu.

Laut di situ sungguh mendamaikan. Begitu juga dengan hembusan anginnya yang mengasyikkan. Para penghijrah berjalan sehingga ke tepi muara. Dengan izin Allah (swt) sebuah kapal laut sedang berlabuh di tepi pantai itu. Kapal itu sedang dalam perlayarannya dari Jeddah ke Habsyah. Lalu Ja’far pergi berbincang dengan kapten kapal tersebut agar dapat menumpangi mereka ke Habsyah. Kapten kapal tersebut bersetuju.

Kapal tersebut meredah lautan Merah menuju ke Habsyah. Umat Islam bersyukur ke hadrat Allah (swt), yang telah menyelamatkan perjalanan mereka menjadi selamat.

Di dalam perlayaran mereka ke Habsyah, Ja’far selalu mengambil berat keadaan para penghijrah terutama sekali kanak-kanak manakala isterinya pula, Asmaa binti Umayys, memantau kemaslahatan wanita-wanita.

Siang dan malam bersilih ganti. Akhirnya kapal melabuhkan sauhnya di pantai Habsyah. Umat Islam sampai ke tempat di mana Rasulullah (saw) mengarahkan mereka untuk berhijrah dan mendapat perlindungan.

Di Habsyah umat Islam dapat beribadah ke hadrat Allah (swt) dengan bebas. Tiada siapa yang menghalang mereka. Semasa waktu bersolat, mereka sering berdoa agar Allah (swt) memberi Rasulullah (saw) dan saudara-saudara mereka kekuatan dan kejayaan dalam berdepan dengan para pembesar Quraish dan masyarakatnya yang zalim.

Walaupun mereka berjauhan, tetapi mereka tetap mengikuti perkembangan umat Islam di Mekah. Berita yang sampai kepada mereka sungguh menyedihkan. Yasir dan Summayah telah syahid kerana didera. Semuanya meratapi pemergian mereka akibat dari penderaan yang amat dahsyat yang dilakukan oleh para pembesar Quraish. Tetapi itu tidak membuatkan mereka menyerah kalah, malahan meningkatkan lagi keimanan mereka.

Kisah 3 : Ja’far at-Tayyar

Penghijrahan ke Habsyah


Abu Jahal sentiasa memikirkan rancangan jahat ke atas Rasulullah (saw) dan rancangan menghancurkan agama Allah. Dia mahu memadamkan cahaya Islam agar manusia dapat hidup di dalam kegelapan dan kebodohan.

Tetapi agama Allah ini berkembang bagaikan bunga mawar yang kembang di taman. Tiada siapa dapat menghalang keindahannya begitu juga agama Islam.

Suatu hari, pemimpin-pemimpin Quraish bermesyuarat di Darul Nadwa. Mereka sedang membincangkan untuk melenyapkan cahaya Islam. Lalu Umayyah berkata:

“Aku akan memberi “pengajaran” kepada Bilal hamba abdiku, melalui dia mereka akan menjadi takut untuk menyertai agama Muhammad”.

Lalu Abu Jahal pula berkata:

“Kita akan memulaukan Bani Hashim sehingga mereka mati kelaparan atau mereka menyerahkan Muhammad kepada kita”.

Abu Sufyan pula berkata:

“Tetapi apa yang kita patut lakukan kepada mereka yang lari dari Mekah dan pergi ke Habsyah?”

Abu Jahal menjawab : “Kita akan bawa mereka pulang!”

“Bagaimana?”

“Kita akan menghantar hadiah-hadiah kepada sahabat kita, al-Najashi agar dia dapat menerima permintaan kita ini”.

“Siapa yang akan pergi?”

“Kita akan menghantar orang yang cerdik untuk berunding dengan al-Najashi”.

Ashmah al-Najashi merupakan raja Habsyah yang dikenali umum akan keadilannya pada waktu itu.

Selepas beberapa minggu, mereka berkeputusan untuk menghantar satu deligasi untuk ke Habsyah bagi membawa pulang umat Islam yang lari mendapatkan perlindungan di sana.

Kisah 4 : Ja’far at-Tayyar

Mengadap Raja Habsyah


Pada sebelah pagi, Amru bin al-Ass dan Amarah bin al-Waleed bersiap menuju ke laut sambil membawa hadiah-hadiah untuk dipersembahkan kepada al-Najashi, Raja Habsyah.

Deligasi itu merentasi laut Merah. Akhirnya mereka sampai ke Habsyah dan terus ke istana Raja Habsyah.

Amru al-Ass berkata kepada pengawal istana itu:

“Kami adalah deligasi Quraish yang membawa hadiah untuk diberikan kepada Raja kamu!”.

Al-Najashi menyambut kedatangan mereka dan menerima hadiah-hadiah yang dipersembahakan. Para paderi mereka juga turut mendapat hadiah dari mereka. Lalu Raja itu, bertanyakan tujuan mereka datang ke negara Habsyah.

Lalu deligasi Quraish tersebut menjawab:

“Terdapat orang yang bodoh telah mendapat perlindungan di tanah Tuanku. Mereka telah meninggalkan agama bapa dan datuk mereka. Mereka juga tidak menerima agama Tuanku. Malahan mereka telah membawa agama baru. Samaada Tuanku mengetahui atau tidak berkenaan perkara ini. Kami dan para pembesar Quraish berkeputusan untuk membawa balik mereka dan ingin ‘mengajar’ mereka semula.”

Raja Habsyah merupakan seorang yang bijak dan adil. Lalu baginda berkata:

“Bagaimana beta dapat melepaskan orang yang memilih untuk datang ke negara beta dan memohon perlindungan beta?

Tetapi beta boleh bertanya mereka beberapa soalan. Jika pemikiran mereka rosak, dan jika mereka datang ingin membuat kerosakan, maka beta akan serahkan mereka kepada kamu. Jika mereka tidak bersalah, beta akan benarkan mereka untuk terus tinggal di negara beta”.

Lalu Raja al-Najashi menitahkan agar umat Islam yang datang berhijrah supaya mengadapnya.

Ja’far bin Abu Talib mengetuai umat Islam semasa mengadap Raja al-Najashi. Mereka masuk ke dalam istana dan berdiri dihadapan Raja itu.

 

Semua orang yang berada di balai penghadapan menundukkan badan mereka kepada Raja. Tetapi deligasi orang Muslim tidak melakukannya. Mereka tetap pada kedudukan berdiri.

al-Najashi bertanya kepada mereka:

“Mengapa kamu tidak tunduk kepada ku?”

Ja’far at-Tayyar menjawab dengan lembut:

“Kami tidak tunduk kecuali kepada Allah (swt)!”

Lalu Raja bertanya lagi:

“Apakah yang kamu maksudkan?”

Ja’far menjawab:

“Wahai Yang Mulia Raja, Allah (swt) telah mengutuskan kepada kita Utusan-Nya. Dan Rasulullah (saw) telah mengarahkan kepada kami agar tidak tunduk kepada sesiapa kecuali kepada Allah (swt). Utusan Allah ini juga, mengarahkan kami supaya bersolat dan membayar zakat”.

Tiba-tiba Amru al-Aas mencelah:

“Mereka telah mencemar agama Tuanku!”

Tetapi al-Najashi mengarahkan Amru agar senyap; dan mengarahkan Ja’far meneruskan pekataannya. Dengan rasa hormat kepada Raja, beliau meneruskan:

“Wahai Yang Mulia Raja, dahulu kami kurang berpengetahuan. Kami menyembah berhala. Kami memakan bangkai haiwan. Kami melakukan perbuatan yang jahat dan meminggirkan saudara-saudara kami. Kami tidak berbaik-baik dengan jiran kami. Yang kuat menindas yang lemah. Jadi Allah (swt) telah mengutuskan kepada kami Nabi-Nya. Kami diberitahu akan kebenaran-Nya. Kami mengetahui akan kebenaran Rasulullah (saw). Lalu Beliau (saw) mengajak kami agar memperhambakan diri kami kepada Allah (swt). Baginda (saw) mengarahkan kami agar meninggalkan sembahan-sembahan bapa dan datuk kami yang dahulu. Baginda (saw) mengarahkan kami agar berkata benar dan memberi kepercayan kepada pemiliknya. Baginda (saw) mengarahkan kami agar mengambil berat akan saudaranya, jirannya, dan berhenti dari melakukan perkara jahat dan menumpahkan darah saudaranya. Baginda (saw) juga mengarahkan agar kami menjauhkan diri dari menindas dan berbuat buruk kepada anak yatim, mengambil harta mereka dan berkata jahat kepada wanita. Baginda (saw) amat menegaskan kami agar tunduk kepada kekuasaan Allah (swt) dan bukan menjadi penyembah berhala. Baginda (saw) mengarahkan kami supaya sentiasa bersolat, bersedekah, berzakat dan berpuasa”.

“Wahai Yang Mulia Raja, kami beriman kepada Rasulullah dan mengikuti atas apa yang disampaikan dari Allah (swt). Jadi kami hanya menyembah-Nya dan kami bukan penyembah berhala.

“Tetapi orang ramai di Mekah telah keterlaluan menentang kami. Mereka mendera kami. Mereka menghalang kami dari agama kami untuk tunduk kepada sembahan mereka”.

“Selepas penindasan ini berlaku hari demi hari, lalu kami berkeputusan untuk datang ke sini. Kami memilih negeri ini dari yang lain. Sebab keadilan Raja negeri ini. Kami mahu tinggal di negeri ini. Jadi kami mengharapkan layanan dan keadilan dari Raja”.

Al-Najashi bertanya lagi dengan sopannya:

“Adakah apa-apa lagi yang Nabi kamu bawa?”

Lalu Ja’far menjawab ringkas: “Ada”

“Bacakan kepada beta sesuatu!”

Lalu Ja’far mula membacakan sepotong ayat dari surah Maryam:

[16] “Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab Al-Quran ini perihal Maryam, ketika dia memencilkan diri dari keluarganya di sebuah tempat sebelah timur.

[17] Kemudian Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka maka Kami hantarkan kepadanya: Roh (Jibril) dari kami lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya.

[18] Maryam berkata: Sesungguhnya aku berlindung kepada (Allah) Ar-Rahman daripada (gangguan) mu kalaulah engkau seorang yang bertaqwa.

[19] Ia berkata: “Sesungguhnya aku pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang anak yang suci”.

[20] Maryam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, dan aku pula bukan perempuan jahat?”

[21] Ia menjawab: “Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: Hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya.

[22] Maka Maryam hamilah mengandungnya, lalu ia memencilkan diri dengan kandungannya itu ke sebuah tempat yang jauh.

[23] (Ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!

[24] Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya:” Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai.

[25] Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.

[26] “Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini”.

[27] Kemudian baliklah ia kepada kaumnya dengan mendokong anaknya mereka pun menempelaknya dengan berkata: Wahai Maryam! Sesungguhnya engkau telah melakukan suatu perkara yang besar salahnya!

[28] ”Wahai saudara perempuan Harun, bapamu bukanlah seorang yang buruk akhlaknya, dan ibumu pula bukanlah seorang perempuan jahat!”

 

Sampai sahaja pada ayat itu maka menangislah Raja al-Najashi. Air matanya menderu turun membasahi pipinya. Para paderi dan ahli agama kristian yang menjadi penasihat raja juga tunduk merendah diri. Ja’far meneruskan bacaannya:

 

[29] Maka Maryam segera menunjuk kepada anaknya. Mereka berkata (dengan hairannya): “Bagaimana kami boleh berkata-kata dengan seorang yang masih kanak-kanak dalam buaian?”

[30] Ia menjawab:” Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Ia telah memberikan kepadaku Kitab (Injil), dan Ia telah menjadikan daku seorang Nabi.

[31] Dan Ia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup.

[32] ” Serta (diperintahkan daku) taat dan berbuat baik kepada ibuku, dan Ia tidak menjadikan daku seorang yang sombong takbur atau derhaka.

[33] Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat)”.

 

Benarlah kata-kata Allah!

Raja al-Najashi berdiri mendengar kalimah-kalimah Allah, lalu berkata:

“Kalimat ini adalah benar dan apa yang dibawa oleh Nabi Isa hanyalah sesuatu yang khusus”

Lalu al-Najashi berpaling kepada deligasi Quraish dan berkata dengan nada yang marah:

“Beta tidak akan menyerahkan meraka kepada kamu dan beta akan mempertahan dan melindungi mereka!”

Lalu al-Najashi mengarahkan pengawalnya membawa keluar para deligasi Quraish dan memulangkan semula hadiah-hadiah yang diberikan.

“Ini semua adalah rasuah. Beta tidak mahu dirasuah”

Kemudian al-Najashi berpaling kepada Ja’far dan deligasi Muslim itu lalu berkata:

“Kamu semua adalah tetamuku, dan Nabi kamu juga tetamuku. Beta menerima dia sebagai Utusan yang telah dikhabarkan kepada kami sebagai berita gembira oleh Isa bin Maryam. Tinggallah di mana yang kamu suka di negeri ini”

Setelah itu banyaklah perbualan tentang adab-adab di dalam Islam. Raja itu bertanyakan:

“Bagaimana orang Islam memberi ucapan selamat sesama sendiri?”

Lalu Ja’far at-Tayyar menjawab:

“Ucapan kami dalam memberi salam adalah Assalamualaikum”.

 

 

Kisah 5 : Ja’far at-Tayyar

Perancangan


Pada hari yang berikutnya, Amru bin al-Ass dan Amarah mengambil keputusan untuk datang semula ke istana al-Najashi. Mereka kecewa denga keputusan yang diberikan semalam.

Di dalam perjalanan Amru berkata kepada Amarah:

“Kali ini, aku akan membalas dendam ke atas Ja’far. Aku akan memberitahu kepada raja bahawa Muslim mempunyai pandagan berbeza tentang Nabi Isa”

Sekali lagi deligasi Quraish itu bertemu dengan Raja dan berkata:

“Wahai Yang Mulia, Raja, orang Muslim menyatakan bahawa Isa adalah seorang hamba”

Terdiam sejenak Raja al-Najashi, lalu mengarahkan pengawalnya memanggil Ja’far:

“Pergi panggil Ja’far agar kita dapat mendengar pendapatnya”

Ja’far segera datang dan memberi salam kepada Raja:

“Assalamualaikum”

Lalu Raja bertanyakan beliau tentang Isa: “Apa pendapatmu berkenaan dengan Isa”

Ja’far menjawab dengan tenang:

“Kami menyatakan sebagaimana Allah dan Rasul-Nya telah berkata berkenaannya”.

“Apa yang Nabimu berkata berkenaannya?”

Ja’far menjawab:

“Baginda merupakan hamba Allah. Baginda (as) adalah salah seorang utusan-Nya, hujjah-Nya dan Allah telah menghembuskan roh, ke dalam jasad Maryam yang suci”.

Al-Najashi berdiam diri sejenak, kemudian baginda membuat satu garisan di atas tanah dengan tongkat yang ada di tangannya. Jadi berkata:

“Pergilah engkau kepada sahabatmu, engkau selamat di negeri ku”.

Sekali lagi rancangan deligasi Quraish itu gagal. Mereka telah patah semangat dan pulang semula ke Mekah. Sejak dari itu, orang Islam hidup berbahagia di tanah seorang raja yang adil.

Rasulullah (saw) dan umat Islam bergembira ke atas kejayaan Ja’far dan sejak dari hari itu Ja’far at-Tayyar bersama pengikutnya terus tinggal di negari Habsyah.

Kisah 6 : Ja’far at-Tayyar

Berita


Hari bersilih ganti, tahun demi tahun.

Ja’far dan umat Islam di Habsyah hanya menunggu perkhabaran-perkhabaran dari saudara mereka. Apabila mereka mendengar berita baik mereka gembira. Apabila mereka mendengar berita buruk, mereka berasa sedih.

Mereka berasa gembira apabila mendengar berita tentang pengakhiran pemulauan ke atas Bani Hashim.

Mereka sedih apabila mendengar berita kewafatan Abu Talib, orang yang mempertahankan Rasulullah (saw) dan juga kewafatan Khadijah, isteri tercinta Rasulullah (saw), beliau yang sentiasa berdiri dan membelanjakan hartanya untuk perkembangan Islam.

Umat Islam di Habsyah mendengar berita tentang penghijrahan Baginda (saw) ke Madinah dan mendirikan negara pertama umat Islam, di mana bendera tauhid pertamanya berkibar dan mereka berasa gembira.

Berita tentang kemenangan di Badar ke atas penyembah-penyembah berhala dan kaum Yahudi. Begitu juga berita peperangan Uhud. Mereka sedih mendengar akan kecederaan yang dialami oleh Rasulullah (saw) semasa peperangan itu.

Mereka juga gembira setelah mendengar berita-berita tentang kejayaan orang Muslim. Kemuncak kegembiraan apabila Rasulullah (saw) mengutuskan surat kepada semua Raja-Raja dan pemerintah seluruh dunia akan kebenaran Islam dan mengajak mereka tunduk kepada Allah (swt).

Rasulullah (saw) mengutuskan surat kepada Herculis, pemerintah kerajaan Rom (negara Barat). Kepada Raja Kossra, pemerintah kerajaan Parsi (Iran) dan al-Mokawkas, Firaun negara Mesir.

 

Kisah 7 : Ja’far at-Tayyar

Surat kepada al-Najashi


Amru bin Umayyah al-Dhimry utusan Rasulullah (saw) sampai ke Habsyah membawa surat dakwah Rasulullah (saw).

Surat dakwah itu berbunyi.

Dari Muhammad, Utusan Allah.

Kepada al-Najashi, Raja Negara Habsyah.

Kamu adalah terpelihara.

Syukur kehadrat Allah. Tiada tuhan selain-Nya,  Raja kepada semua, yang maha Suci, yang maha Sejahtera dan yang maha Agung.

Aku bersaksi bahawa Isa merupakan Roh-Nya, Hujjah-Nya, dan kalimat-Nya kepada Maryam, wanita suci, baik dan terpelihara kehormatannya. Allah menciptakan Isa dengan kekuasaannya sebagaimana Dia menciptakan Adam sebelumnya.

Aku mengajak kamu untuk menyembah kepada Allah sahaja, untuk mematuhinya, agar mengikutiku, mempercayai dan beriman dengan apa yang telah diwahyukan kepadaku. Aku mengajak kamu dan askar-askarmu untuk beriman kepada Allah agar menyembah Allah yang maha Agung. Aku telah memberitahu dan menasihatimu. Oleh itu, terimalah nasihatku ini.

Dan sejahtera ke atas kamu yang mengikuti petunjuk ini.

Ja’far menemani deligasi Rasulullah (saw) semasa pergi ke istana raja al-Najashi. Mereka memberikan ucapan salam kepada Raja Habsyah. Lalu baginda menerima surat dengan rasa hormatnya.

Al-Najashi membaca surat dakwah itu. Baginda turun dari tahktanya lalu duduk di atas lantai sebagai tanda merendah diri dan hormat kepada utusan Allah, iaitu Nabi Muhammad (saw).

Al-Najashi meletakkan surat ke matanya sebagai tanda penghormatan yang tinggi. Lalu baginda mengarahkan pengawal mendapatkannya sebuah kotak gading bagi menyimpan surat itu. Lalu al-Najashi berkata:

“Habsyah akan menjadi aman dan sejahtera selama mana rakyatnya menyimpan surat ini”.

Deligasi Rasulullah (saw) kemudiannya menyerahkan surat ke dua kepada Raja al-Najashi. Di dalam surat itu Baginda (saw) meminta agar Raja membenarkan para penghijrah yang diketuai oleh Ja’far bin Abu Talib agar dibenarkan pulang ke negeri mereka.

Umat Islam amat bergembira mendengar berita tentang penghantaran pulang mereka ke negeri asal mereka. Dan dalam pada masa yang sama mereka menyatakan ucapan terima kasih atas layanan baik Raja Habsyah ke atas mereka.

Al-Najashi mengarahkan pengawainya untuk menyediakan beberapa buah kapal untuk para penghijrah itu pulang ke negara asal mereka di Hijaz. Baginda juga menghantar wakil mereka juga bersama mereka.

Wakil mereka membawa hadiah-hadiah dan surat penghargaan kepada Rasulullah (saw) sebagai membalas surat dakwah Rasulullah (saw).

Kapal-kapal itu mula berlayar menuju ke tanah Hijaz. Umat Islam yang diketuai Ja’far mengucapkan kesyukuran mereka akan kejayaan dan kebahgiaan yang diberikan oleh Allah (swt) kepada mereka pada hari itu.

 

 

Kisah 8 : Ja’far at-Tayyar

Penaklukan Khaibar


Di Madinah al-Munawarah, pasukan Islam telah bersiap sedia menuju ke sebuah kota yang kukuh dimiliki oleh Yahudi Khaibar. Kota itu dikenali sebagai Kota Khaibar.

Orang Yahudi Khaibar selalu mengadakan rancangan jahat bagi menghancurkan Islam. Mereka sering mengalakkan puak-puak Arab untuk menyerang Madinah dan memusnahkan negara Islam itu.

Jadi, Rasulullah (saw) telah membuat keputusan untuk menghentikan perbuatan jahat dan bahaya yang dilakukan oleh puak Yahudi itu agar masyarakat hidup dalam aman.

Tentera Islam telah menawan sebuah laluan yang menghubungkan puak Ghaftan dan kota Khaibar bagi membuatkan golongan kafir Yahudi berasa terkejut dan cemas.

Bilangan tentera muslim ini berjumlah 1400 orang. 200 daripadanya adalah penungang kuda. Dan turut serta di dalam serangan ini adalah wanita muslimim.

Tentera Yahudi amat terkejut dengan kemaraan tentera Islam yang mengepung mereka secara total.

Ada sebahagian sahabat Rasulullah (saw) melancarkan serangan yang hebat ke atas puak Yahudi. Tetapi pasukan Muslim itu mengalami kegagalan kerana pertahanan Kota Khaibar yang sungguh ampuh. Tentera yahudi yang bertahan dan berselindung di balik tembok kota hanya berani melemparkan ribuan anak ke arah tentera Muslim. Mereka tersenyum sambil mengejek-ngejek tentera Muslim dan ketuanya, Rasulullah (saw).

Jadi, Rasulullah (saw) berkata:

“Esok, aku akan memberikan bendera kepada seorang lelaki. Yang mana lelaki itu mencintai Allah dan Rasulunya; Allah dan Rasulnya pula mencintainya”.

Pada keesokan paginya, beberapa orang sahabat berharap agar bendera yang dimaksudkan oleh Rasulullah (saw) akan diserahkan kepada mereka. Tetapi Nabi kita, Nabi Muhammad (saw) bertanykan tentang Imam Ali (as), adik kepada Ja’far at-Tayyar.

Imam Ali (as) mengambil bendera itu dan mara ke arah kubu pertahanan kaum Yahudi itu. Adalah menjadi kelaziman di dalam sesebuah peperangan semasa di tanah Arab, agar menghantar seorang wakil dari kedua pasukan tentera yang bermusuhan, untuk beradu tenaga sebelum sesebuah peperangan. Imam Ali (as) telah dipilih oleh Rasulullah (saw) bagi mewakili tentera Islam, manakala Yahudi Khaibar telah memilih Marhab, seorang pahlawan Yahudi yang digeruni. Pertarungan antara kedua pahlawan itu bermula. Dan akhirnya pertarungan itu menyebelahi Imam Ali (as).  Setelah Imam Ali (as) berjaya membunuh wira orang Yahudi Khaibar, perasaan takut telah menyelubungi setiap pembesar dan tenteranya. Dalam pada masa itu jugalah tentera Islam menyerbu kota Khaibar dan menawan kota itu.

(boleh ikuti kisahnya di dalam youtube : al nebras kisah imam ali)

Rasulullah (saw) dan tentera Muslim bergembira. Maka mereka memanjatkan kesyukuran mereka ke hadrat Allah (swt) kerana memberikan kemenangan ke atas musuh mereka.

Dalam pada masa yang sama, umat Islam yang berhijrah yang diketuai oleh Ja’far bin Abu Talib telah sampai ke Madinah. Ini merupakan kegembiraan berganda kepada Rasulullah (saw). Lalu Baginda (saw) berkata:

“Aku tidak tahu yang mana lebih mengembirakan – kepulangan Ja’far atau penaklukan Khaibar!”.

Rasulullah (saw) memeluk sepupunya; Ja’far dan mencium dahinya lalu berkata:

“Apa yang pastinya, Ja’far dan sahabatnya mempunyai dua hijrah – penghijrahan ke Habsyah dan penghijrahan mereka ke Madinah al-Munawarah.

 

 

Kisah 9 : Ja’far at-Tayyar

Peperangan Mu’tah


Rasulullah (saw) menghantar utusan kepada pemerintah Busra, sebuah kota di selatan negeri Syam. Tetapi utusan ini telah ditangkap dan ditawan di Mu’tah oleh pembesar itu. Perbuatan tersebut merupakan sebuah pencabulan hak sesebuah kerajaan dan sebuah penindasan.

Rasulullah (saw) berasa amat sedih terhadap apa yang berlaku. Baginda (saw) mengarahkan  agar umat Islam bersiap sedia untuk menyerang bagi membebaskan uturan Baginda (saw).

Di dalam bulan Jamadil Awal tahun ke-2 hijrah, seramai 3000 pejuang Islam pergi mengambil tempat di dalam peperangan itu. Rasulullah (saw) bersabda kepada mereka:

“Aku berpesan kepada kamu semua hanya takut kepada Allah. Berjihadlah kamu di atas nama Allah, jadi seranglah musuh Allah dan musuh kamu. Nanti kamu akan berjumpa lelaki-lelaki yang dipenjara. Ingatlah janganlah kamu memerangi mereka. Jangan membunuh wanita dan kanak-kanak. Janganlah kamu memotong-motong pokok-pokok. Janganlah kamu merosak dan merobohkan bangunan-bangunan”.

Rasulullah (saw) melantik Zaid bin Haritha sebagai ketua kepada pasukan tentera ini. Rasulullah (saw) berkata:

“Jika Zaid menjadi syahid, ketuanya akan dipegang oleh Ja’far bin Abu Talib, jika Ja’far menjadi syahid, ketuanya akan dipegang oleh Abdullah bin Rawaha.

Berita tentang pasukan Muslim hendak menyerang telah sampai kepada pengetahuan pembesar Rom. Tentera mereka dibarisi oleh orang-orang Rom dan suku-suku Arab yang bersekutu. Bilangan mereka telah mencecah seramai 200,000 orang tentera yang siap dengan senjata. Armada tentera ini telah berkumpul di sebuah tanah di Balaqa.

Petempuran pertama tercetus di sebuah perkampungan di Masharif berhampiran di Balaqa. Penguasaan orang-orang Rom muncul dalam pertempuran itu kerana mereka memilik pasukan tentera yang besar.

Herculis, maharaja Rom, memberi adiknya Tyodor bagi menjadi General pasukan perang.

Kerana memikirkan pasukan yang kecil, maka pasukan tentera Islam, telah memilih sebuah kawasan Mu’tah untuk menjadi medan pertempuran kerana ianya merupakan kawasan yang strategik dan tinggi untuk melindungi mereka dari tentera Rom.

Zaid bin Harithah bersedia mengetuai untuk memulakan peperangan. Beliau mengarak panji peperangan sambil menuju ke arah pihak musuh. Kerana semangat yang tinggi inilah membuatkan para tentera Muslim bertambah semangat dalam melancarkan peperangan.

Peperangan yang sengit berlaku. Dalam suasana yang hingar bingar itu, sebatang tombak tiba-tiba dilemparkan dan mengenai batang tubuh Zaid bin al-Harithah. Zaid rebah ke tanah lalu syahid kerana kehilangan banyak darah akibat tusukan panah itu.

Belum sempat bendera jatuh dari tangan Zaid, Ja’far at-Tayyar telah bergegas dan mengambil dari tangannya. Beliau menghayun-hayunkan pedang dengan gagahnya. Pertempuran bertambah sengit. Sambil melaungkan kesyahidan di tengah-tengah kebisingan peperangan itu. Beliau mengummumkan berita yang baik, iaitu tentang kejayaan orang yang syahid di jalan Allah (swt) kepada setiap Muslim yang mengharapkannya.

Ja’far bin Abu Talib melompat dari kudanya untuk bertempur dan mengasak pihak musuhnya. Perkara itu merupakan yang pertama dilakukan di dalam sejarah Islam. Bagaikan sebuah gunung curam yang mencabar setiap pendakinya. Ramai para musuhnya dan musuh Allah tumbang di tangannya.

Jadi, para musuh mempertingkatkan serangan mereka ke atasnya. Tiba-tiba sebilah pedang menebas tangan kanannya. Melayang tinggi tangan Ja’far.

Beliau mengepit panji perang orang Islam dengan tangan kirinya agar terus berkibar, dan dengan tangan kirinya juga beliau menghayun-hayunkan pedangnya. Tiba-tiba sebuah pedang singgah ke lengan kirinya lalu putus tangan kirinya. Tetapi beliau tetap mengepit panji perjuangannya pada bahagian atas lengannya.

Bertubi-tubi selepas itu pukulan dan tebasan pedang dan tombak mengenai pada tubuh Ja’far dan mengakibatkan Ja’far jatuh ke tanah dan menjadi syahid.

Lalu Abdullah bin Rawaha, seperti yang diarahkan oleh Rasulullah  (saw), ketua ke-3, bergegas mengibarkan semula panji perang tentera Islam ke udara.

Ketua yang baru itu berjuang dengan hebatnya bagi menghentikan serangan tentera-tentera Rom yang datang bertali arus seperti gelombang besar yang menghempas pantai.

Abdullah rebah ke tanah akibat serangan para tentera kafir Rom. Jadi, Thabit bin al-Arqam mengambil panji peperangan itu dan bertanyakan kepada saki-baki tentera Muslim yang ada agar melantik ketua mereka yang baru.

Lalu mereka beramai-ramai melantik Khalid bin al-Walid.

Tetapi ketua yang baru itu, dengan cepat mengambil keputusan untuk menamatkan serangan ini. Jadi beliau membuat helah bagi mengaburi mata pihak musuh untuk tidak menjejaki mereka.

Khalid membuat keputusan untuk berundur pada waktu gelap menuju ke tengah-tengah gurun agar tidak dijejakki oleh pihak musuh.

Pada keesokkan harinya, pihak tentenra Rom terkejut mendengar tentang pembubaran pasukan tentera Islam. Mereka menjadi sangsi dan takut untuk turun ke medan peperangan, kerana mereka takut ini merupakan muslihat tentera Islam. Kerana mereka tahu tentera Islam tidak pernah mengundur tanpa sebab.

Pada waktu yang sama juga, terdapat beberapa pahlawan Islam yang meneruskan perjuangan ini. Mereka kecewa dengan keputusan yang dibuat oleh ketua yang dilantik.

Oleh kerana itu pihak tetera Rom membuat keputusan untuk bertahan sahaja.

Kisah 10 : Ja’far at-Tayyar

Di Madinah


Jibril (as) turun ke bumi untuk mengabarkan Rasulullah (saw) berita tentang peperangan itu. Rasulullah (saw) telah pergi kepada pengikutnya yang tinggal lalu menceritakan tentang perkhabaran yang di sampaikan oleh Jibril (as).

“Wahai Muslim : Jibrail telah datang kepada ku dengan menyatakan Zaid yang memegang panji. Berjuang sehingga tewas dan menjadi syahid. Kemudian Ja’far mengambilnya dan berjuang sehingga dia menjadi syahid. Kemudian Abdullah mengambil panji itu dan menerusan perjuangan sehingga menjadi syahid”.

Nabi Muhammad (saw) mahu menyampaikan berita ini dan mengucapkan takziah kepada Asmaa. Rasulullah (saw) pergi ke rumah Ja’far. Baginda (saw) mendapati anak-anak Ja’far sedang duduk dan isteri Ja’far baru sahaja selesai dari membersihkan rambutnya.

Rasulullah (saw) mencium anak-anak Ja’far dan memangku mereka ke ribanya. Rasulullah (saw) mengesatkan air matanya. Asmaa merasakan sesuatu telah berlaku ke atas suaminya. Jadi, beliau bertanykan kepada Rasulullah (saw):

“Wahai Rasulullah, adakah kamu mendengar apa-apa tentang suamiku, Ja’far dan para sahabatnya?”

“Ya…! Mereka telah syahid”.

Asmaa hanya menundukkan mukanya dan mula menangisi pemergian suaminya yang tersayang.

Rasulullah (saw) meninggalkan rumah Ja’far. Baginda (saw) meminta anak perempuannya, Fatimah al-Zahra untuk menghantar sedikit makanan kepada mereka kerana bencana yang menimpa mereka.

 

Kisah 11 : Ja’far at-Tayyar

Pemilik bagi 2 sayap


Apabila tentera-tentera Islam balik ke tanah air mereka, mereka memberitahu keluarga mereka tentang keberanian Ja’far dan

pejuang-pejuang kesyahidan mereka.

Salah seorang dari mereka berkata:

“Kami melihat terdapat 90 luka-luka pada badan Ja’far.

Lelaki lain pula menjawab:

“Aku melihatnya apabila tangan kanannya dicantas”.

Lelaki ketiga berkata:

“Aku pula melihat dia apabila tangan kirinya dicantas. Dia jatuh ke tanah dan badannya yang berluka-luka dan mengalir darah yang banyak?”

Lalu Rasulullah (saw) berkata:

“Jibril (as) telah memberitahuku bahawa Allah (swt) telah menjanjikan 2 sayap kepadanya untuk dia terbang bebas di dalam syurga”.

Pada malam itu, anak-anak Ja’far berbaringan di atas katil mereka. Mereka memandang ke langit yang dipenuhi dengan bintang. Mereka teringatkan ayah mereka yang syahid. Walaupun begitu mereka bersyukur kerena ayah mereka telah mati dalam menegakkan agama Allah. Mereka membayangkan ayah mereka yang dianugerahkan sepasang sayap oleh Allah (swt), berterbangan di dalam syurga. Mereka gembira, dan bertekad untuk berjuang sama seperti ayah mereka.

 

Selawat.
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s