Al-Miqdad bin al-Aswad

Kisah 1 : Al-Miqdad bin al-Aswad

Kata-kata semangat


Pada Ramadhan tahun ke-2 hijrah, seramai 313 umat Islam menuju ke kawasan luar Madinah untuk menahan pedagang kafir Quraish yang datang dari arah Syam.

Pasukan itu mempunyai bilangan pedagang yang ramai. Mereka membawa 1,000 ekor unta. Pasukan pedagang kafir Quraish itu diketuai oleh Abu Sufyan.

Sebenarnya serangan ini bukanlah untuk memulakan permusuhan tetapi serangan itu adalah kerana membalas berbuatan buruk orang kafir Quraish terhadap orang Islam.

Semasa umat Islam berhijrah dari Mekah ke Madinah, orang-orang kafir Quraish, menyerang dan merompak rumah mereka.

Dengan alasan ini juga, Rasulullah (saw) membuat keputusan mahu mengambil kembali harta-harta yang dirompak itu. Baginda (saw) juga mahu menghukum golongan kafir yang menzalimi orang Muslim.

Pasukan Muslim berkhemah berhampiran dengan telaga berhampiran dengan Badar. Mereka menunggu kehadiran pedagang kafir Quraish.

Selepas beberapa waktu, mereka mendengar berita yang  tidak baik. Berita itu adalah berkenaan perubahan perancangan Abu Sufyan untuk laluan mereka.

Disebelah pihak musuh, orang kafir Quraish telah menyiapkan bala tentera mereka dengan senjata-senjata yang hebat untuk menyerang.

Di waktu itu juga umat Islam terpaksa keluar bagi menjaga pasukan perdangangan mereka dari digangu oleh tentera asing, penyamun dan perompak kafir.

Rasulullah (saw) meminta pandangan para sahabatnya bagi mengatasi masalah itu.

Lalu Umar bin al-Khattab berdiri lalu berkata:

“Meraka adalah Quraish dan mereka tidak pernah setia. Demi Allah! Mereka belum pernah kalah sejak mereka bertambah kuat. Dan kerana itu mereka tidak beriman kepada Allah sejak mereka tidak mempercayai-Nya”.

Orang-orang Islam menjadi bertambah takut mendengar kata-kata Umar. Ada yang ada diantara mereka berfikir untuk pulang sahaja ke kota Madinah.

Semasa waktu itu jugalah, al-Miqdad bin al-Aswad al-Khindi bangun dan berkata dengan penuh semangat:

“Wahai Rasulullah (saw), marilah kita patuh akan perintah Allah! Kami semua akan menyokongmu. Demi Allah, kami tidak akan mengulangi apa yang orang-orang Yahudi berkata kepada Nabi mereka: Pergilah kamu dan Tuhanmu untuk berjihad! Kami akan berdiam di sini! Tetapi kami akan mengatakan: Pergilah kamu dan Tuhanmu berjihad! Kami akan berjihad bersamamu!”.

Terpancar kegembiraan di wajah suci Rasulullah (saw). Baginda (saw) berkata kepada orang-orang Ansar (penduduk asal Madinah):

“Apa yang patut Aku lakukan?”.

Lalu menjawab Saad bin Maadh:

“Wahai Rasulullah, kami beriman kepadamu, dan kami mempercayaimu. Kami telah berikrar kepadamu dan ke atas risalah yang dibawa adalah benar. Kami berjanji untuk mendengar dan patuh kepadamu! Jadi Rasulullah, teruskan apa yang kamu mahukan! Demi Allah, jika engkau mahu kami menyeberang laut Merah, kami akan lakukan”.

Tentera-tentera Islam telah kembali bersemangat. Mereka telah bersiap sedia untuk menentang penyembah-penyembah berhala dengan hati yang penuh dengan keimanan.

Peperangan telah bermula. Akhirnya pasukan Islam telah memenangi peperangan itu. Dan kembali ke kota Madinah, mereka teringat-ringat akan kata-kata al-Miqdad.

Kisah 2 : Al-Miqdad bin al-Aswad

Siapakah al-Miqdad?


Al-Miqdad dimiliki oleh puak Kunda. Beliau melepaskan diri dari puak itu lalu bermastautin di Mekah.

Di sana beliau menjadi hamba kepada seorang lelaki bernama al-Aswad bin Abid Yaqut al-Zuhry. Kerana itu, beliau digelar al-Miqdad bin al-Aswad. Terdapat juga ayat al-Quran yang berkaitan dengan al-Miqdad. Ayat itu berbunyi:

“Panggillah nama anak-anak angkat dengan nama bapa mereka, itu lebih adil pada sisi Allah. Jika kamu tidak mengetahui bapa mereka maka panggilah mereka sebagai saudara kamu dan maula-maulamu… (al-Ahzab ayat-5)

Dengan alasan ini, orang ramai memangilnya al-Miqdad bin al-Aswad. Islam berkembang bermula dari puncak gunung Hira’.

Al-Miqdad mencapai umur 25 tahun. Beliau mendengar tentang risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad (saw). Tanpa berlengah-lengah, beliau beriman dengan agama baru itu, agama Islam.

Beliau menyembunyikan keislamannya. Beliau bertemu Rasulullah (saw) secara rahsia. Beliau menrupakan antara yang terawal menerima Islam. Dan beliau sentiasa merasai kepayahan yang ditangung oleh umat Islam.

Kisah 3 : Al-Miqdad bin al-Aswad

Hijrah


Rasulullah (saw) mengarahkan para sahabatnya untuk berhijrah ke Madiah. Mereka berhijrah seorang demi seorang dan kumpulan demi kumpulan.

Kemudian Allah (swt), mengarahkan PesuruhNya untuk berhijrah ke Madinah secara keseluruhannya.

Al-Miqdad amat mementingkan keselamatan Rasulullah (saw). Beliau amat terharu dan berbangga dengan seorang pemuda Islam yang bernama Ali bin Abi Talib (kwj) yang menjadikan nyawanya sebagai galang ganti demi menyelamatkan Rasulullah (saw) dari pedang-pedang penyembah berhala. Ali mengaburi pihak kafir Quraish dengan berbaring tempat tidur Rasulullah (saw) pada malam

Setelah Rasulullah (saw) berhijrah ke Madinah, penyembah-penyembah berhala yang berada di Mekah telah menyerang dan merompak rumah-rumah orang Islam yang ditinggalkan. Habis harta benda dirompak dan rumah mereka dirosakkan dan ada yang bakar. Jadi Rasulullah (saw) tidak senang dengan perkara itu, jadi Baginda (saw) membuat perancagan untuk menyekat pedagang-pedangan Quraish sebagai hukuman.

Hamzah bin Abdul Mutallib mengetuai pasukan pertama dan menuju ke al-‘Ays kawasan berhampiran dengan Laut Merah. Di sana Hamzah bertemu tentera para penyembah berhala yang diketuai oleh Abu Jahal.

Tidak ada petempuran berlaku kerana ketua-ketua kabilah itu menyelesaikan permasalahan yang timbul melalui perbincangan kedua-dua belah pihak.

Pada Syawal tahun pertama Hijrah, sebuah pasukan telah keluar. Seramai 60 orang dalam pasukan itu. Tujuan mereka adalah untuk menakluk Lembah Rabagh untuk menyekat pedangang-pedagang Quraish berdagang ke negeri Syam.

Kisah 4 : Al-Miqdad bin al-Aswad

Semasa di Mekah


Al-Miqdad mengambil keputusan untuk menyertai tentera-tentera penyembah berhala. Beliau mengambil kesempatan ini untuk berhijrah ke Madinah.

Begitu juga Utbah bin Ghazwan, beliau juga menyembunyikan keislamannya. Al-Miqdad telah berpakat dengannya untuk bersama-sama menyertai pasukan kafir itu ke Madinah.

Pasukan kafir itu dipersiapkan dan mereka diketuai oleh Abu Sufyan. Pasukan itu bergerak ke Lembah Rabagh. Di sana mereka bertemu dengan pasukan Islam diketuai oleh Hamzah bin Abdul Mutallib. Kedua-dua pasukan yang bermusuhan itu berbalasan dengan panahan-panahan anak panah.

Dan semasa itu, pasukan kafir Quraish terkejut melihat dua orang pejuang mereka berlari ke arah pasukan Muslim. Mereka terdengar orang-orang Muslim bertakbir di gurun itu:

“Allahuakbar..! Allahuakbar..!”

Abu Sufyan mengenali mereka. Mereka adalah al-Miqdad dan Utbah bin Ghazwan.

Hati Abu Sufyan diselubungi dengan kemarahan. Dia mengarahkan semua tenteranya berundur dan pulang ke Mekah. Dia berasa bimbang jika masih terdapat orang-orang Islam secara rahsia dikalangan tentera-tenteranya.

Kisah 5 : Al-Miqdad bin al-Aswad

Semasa di Madinah al-Munawarah


Al-Miqdad berasa sungguh bahagia tinggal di Madinah. Seluruh umat Islam berasa bahagia dengan keimanan yang tinggi kepada Rasulullah (saw) dan Baginda (saw) melayani mereka dengan baik sekali setelah sekian lama mereka hidup dalam penindasan dan kezaliman oleh kafir Quraish.

Rasulullah (saw) amat mengambil berat ke atas umat Islam. Baginda (saw) sentiasa memikirkan tentang keselamatan dan masa depan mereka selepas itu.

Al-Miqdad memiliki kepercayaan yang dalam kepada Allah (swt). Beliau mencintai Rasulullah (saw). Beliau sentiasa bersama Baginda (saw) untuk berjihad menentang musuh dan para penyembah berhala.

Pada suatu hari, pasukan kufar menyerang Madinah dan merompak ternakan mereka. Oleh kerana itu, Rasulullah (saw) mengarahkan mereka untuk mengejar dan mengajar mereka.

Al-Miqdad merupakan orang yang pertama yang menurut perintah Rasulullah (saw) itu. Baginda (saw) mengetuai dua ratus penungang kuda untuk menyerang kembali penyerang-penyerang kufar itu tadi, tetapi mereka bertempiran lari.

Rasulullah (saw) sungguh kecewa dengan tindakan pasukan kufar itu. Mereka telah merompak dan melarikan banyak harta orang-orang Islam. Serangan itu dikenali sebagai Peperangan Kecil Badar.

Kisah 6 : Al-Miqdad bin al-Aswad

Peperangan Badar


Berdekatan dengan telaga Badar, tentera-tentera Muslim terdengar orang-orang kufar telah membina bala tentera meraka. Abu Jahal mengetuai pasukan tentera itu.

Rasulullah (saw) bertanyakan pendapat para sahabatnya. Ada yang berpendapat agar mereka kembali ke Madinah. Dalam pada itu umat Islam amat gusar dan bimbang akan serangan yang bakal dihadapi oleh mereka.

Pada waktu-waktu itu, al-Miqdad berdiri dan mengucapkan kata-kata semangat dengan penuh kesungguhan. Kata-katanya telah menaikkan semangat umat Islam.

Apabila peperangan berlaku, orang-orang Islam berperang dengan beraninya. Dalam pada itu, Rasulullah (saw) sentiasa berdoa ke hadrat Allah (swt) agar menjamin kemenangan ke atas hamba-hambanya. Setelah itu, hanya selepas beberapa ketika, tentera-tentera Islam dapat mengalahkan pasukan tentera penyembah-penyembah berhala.

Allah (swt) membalas perbuatan dan kezaliman Abu Jahal dan Umayyah bin Khulaif ke atas orang-orang Islam. Ramai orang-orang kafir ditawan. Di antaranya seperti al-Nadhar bin al-Harith, Akabah bin Abu-Miyad, dan lain-lain lagi.

Al-Miqdad telah menawan al-Nadhar bin al-Harith.

Orang Islam membawa tawanan perang pulang ke Kota Madinah. Apabila sampai di kawasan al-Athil, Rasulullah (saw) mengarahkan agar al-Nadhar bin al-Harith dibunuh.

Al-Nadhar bin al-Harith telah menzalimi orang-orang Islam di Mekah. Umat Islam berdoa ke hadhrat Allah (swt) untuk menyelamatkan diri mereka dari al-Nadhar.

Kerana itu, Rasulullah (saw) telah mengarahkan Ali bin Abi Talib (as), pejuang terulung dalam dunia Islam, agar membunuh al-Nadhar bin al-Harith bagi menyelamatkan dari umat Islam dari terus dizalimi.

Al-Miqdad berkata:

“Wahai Rasulullah, dia adalah tawananku”.

Rasulullah (saw) mengetahui bahawa al-Miqdad menuntut timbal balas akan usahanya. Lalu Rasulullah (saw) mengangkat tangannya dan berdoa ke hadhrat Allah (swt):

“Ya Allah, jadikan al-Miqdad kaya dengan memenuhui perintah-perintahmu”.

Al-Miqdad amat berpuas hati dengan doa yang dipohon oleh Rasulullah (saw). Jadi beliau, menyerahkan musuh Islam itu untuk dihukum.

Rasulullah (saw) menasihati para sahabatnya agar melayan tawanan yang lain dengan penuh berhemah. Ada di antara tawanan dilepaskan tanpa pampasan kerana kemiskinan. Baginda (saw) berkata kepada tawanan perang yang pandai membaca dan menulis agar mengajar anak-anak orang Islam sebagai tebusannya untuk mereka bebas dari menjadi tawanan perang.

Kisah 7 : Al-Miqdad bin al-Aswad

Peperangan Uhud


Setelah kemengan orang-orang Islam di Badar, orang-orang kafir mengambil keputusan untuk membalas dendam ke atas orang-orang Islam. Mereka membina sebuah pasukan yang besar. Seramai 3,000 tentera dikerahkan dalam pasukan ini.

Orang-orang kufar itu bergerak menuju ke Madinah. Apabila mereka sampai di sana, mereka membiarkan unta dan kuda mereka untuk meragut rumput-rumput di kawasan orang-orang Islam. Mengikut resam Arab, cara begitu adalah simbolik kepada memecah masuk kawasan untuk mencabar mana-mana pihak untuk bergaduh. Sasaran mereka adalah umat Islam yang berada di Madinah.

Rasulullah (saw) bertanya pendapat para sahabatnya. Ada diantaranya menasihati Baginda (saw) agar menunggu sahaja di Madinah sahaja dan ada yang menasihati agar keluar dari kota Madinah. Pemuda-pemuda Islam amat bersemangat untuk mempertahankan maruah mereka diluar kawasan Madinah. Setelah berbincang, akhirnya Rasulullah (saw) mengambil keputusan untuk keluar dari Madinah al-Munawarah.

Tentera-tentera Muslim menuju ke Gunung Uhud. Di sana Rasulullah (saw) mempersiapkan kedudukan tenteranya untuk berperang.

Rasulullah (saw) menempatkan 50 pemanahnya yang terbaik di atas Gunung Ainain, sebuah gunung kecil, untuk memberi perlindungan tentera Muslim dari belakang.

Apabila peperangan bermula, pasukan berkuda penyembah berhala cuba menyerang tentera-tentera Muslim dari belakang. Tetapi mereka terpaksa berhadapan dengan pemanah-pemanah tentera Muslim dan memaksa mereka untuk berundur. Mereka mencubanya sebanyak 3 kali, tetapi mereka menemui kegagalan, mereka menemui kegagalan kerana pasukan berkuda tentera Islam yang diketuai oleh al-Miqdad berperang dengan beraninya.

Pasukan tentera berkuda orang-orang kafir yang diketuai oleh Khalid bin al-Walid menyusun kembali barisan tenteranya.

Dalam pada itu, Rasulullah (saw) mengarahkan umat Islam membuat serangan pada bahagian lain bagi menjatuhkan bendera perang mereka untuk melemahkan semangat juang pasukan tentera kafir.

Pertarungan yang sengit di sekitar kawasan bendera tentera kafir. Apabila bendera itu terlepas dari tangan musuh, tangan yang lain menyambut dan mengibarkannya kembali.

Akhirnya, bendera itu terlepas dari tangan tentera-tentera kufar dan jatuh ke bumi. Itu merupakan tanda awal kemenangan umat Islam. Ramai tentera kafir lari menyelamatkan diri. Berhala-berhala mereka banyak yang terjatuh dari unta-unta mereka.

Pasukan pemanah yang di tempatkan di atas gunung Ainain melihat tentera kafir itu melarikan diri. Dan mereka melihat saudara-saudara Muslim mereka mengejar tentera-tentera kafir dan mengambil rampasan perang. Mereka turun ke bawah. Ketua pemanah menasihati mereka agar kekal sepertimana yang dipesan oleh Rasulullah (saw), tetapi salah seorang mereka berkata:

“Tentera kufar telah melarikan diri. Tidak ada keperluan untuk kita bertahan di sini”.

Melihat pergerakkan pasukan pemanah umat Islam turun dari gunung itu, Khalid bin al-Walid dan pasukan berkudanya melancarkan serangan kilat, jadi pasukan pemanah yang tinggal sedikit tidak dapat menangkis serangan itu.

Serangan kilat itu, membuatkan pasukan pemanah itu menjadi kelam-kabut. Ada yang menemui ajal dan ada yang mengalami cedera yang parah.

Apabila pasukan tentera kafir melihat kekalutan dalam pasukan Islam, mereka kembali semula dengan mengibarkan kembali bendera perang mereka. Jadi, pejuang Islam berhadapan dengan serangan dari dua hala. Serangan berkuda yang datang dari belakang dan pasukan darat yang datang dari hadapan. Ada diantara umat Islam dan para sahabat bertempiaran lari demi menyelamatkan nyawa.

Pasukan tentera kafir itu mencuba untuk membunuh junjungan Rasulullah (saw) dan menghancurkan umat Islam keseluruhannya. Tetapi sahabat-sahabat sejati Rasulullah (saw) seperti Ali bin Abu Talib (as), al-Miqdad, al-Zubair, Mus’ab bin Umair, Abu-Dujana al-Ansary, Sahal bin Hunaif dan segelintirnya mematahkan serangan tentera-tentera kafir itu dengan beraninya. Mereka mempertahankan Rasulullah (saw). Junjungan Rasulullah (saw) berjihad dengan beraninya.

Junjungan Rasulullah (saw) mengambil keputusan untuk mengundurkan pasukan tenteranya ke Gunung Uhud untuk mereka mempertahankan jiwa mereka dari dikalahkan dengan mudahnya. Semasa mengundurkan diri, pasukan Islam masih meneruskan peperangan, sehingga mereka sampai ke puncak gunung Uhud. Jadi, kerana itu, tentera kafir itu berhenti dari menyerang kerana mereka tahu bahawa keadaan itu akan membahayakan mereka.

Kisah 8 : Al-Miqdad bin al-Aswad

Pengajaran yang terkesan


Peperangan Uhud merupakan pengajaran yang terkesan kepada umat Islam. Banyak kesilapan yang mereka belajar melalui peperangan tersebut.

Mereka belajar betapa pentingnya untuk mematuhi perintah Nabi (saw) pada apa jua keadaan, dimana kepatuhan kepadanya adalah kejayaan dan menentang perintahnya adalah kekalahan.

Junjugan Rasulullah (saw) cederah parah akibat serangan kilat tentera kufar. Ini adalah kerana sebahagian besar pasukan pemanah mengingkari arahan Rasulullah (saw) dengan meninggalkan kedudukan mereka di atas gunung al-Ainain bagi menjadi barisan pertahanan. Mereka lupa dan mengambil mudah akan arahan dan nasihat Rasulullah (saw).

Suku-suku Arab yang menyerang mencemuh dan menghina reputasi tentera umat Islam yang goyah. Sementara itu orang-orang munafik dan orang-orang Yahudi bergembira pada nasib malang mereka.

Kerana penghinaan itu maka Junjungan Rasulullah (saw) mahu memulihkan semula nama baik Islam. Maka, Baginda (saw) menyusun semula tenteranya untuk menyerang kembali tentera-tentera musrikin itu.

Kisah 9 : Al-Miqdad bin al-Aswad

Hamraa al-Asad


Walaupun tentera Islam mengalami kecederaan, tetapi mereka tetap taat dan menyokong Rasulullah (saw). Oleh kerana itu, Baginda (saw) berkeputusan untuk membawa meraka ke sebuah tempat dinamakan Hamra al-Asad untuk menangkis serangan  tentera kufar.

Orang-orang Yahudi terkejut melihat umat-umat Islam mengatur kembali barisan ketenteraannya sehari selepas peperangan Uhud.

Orang-orang musyrikin juga mengatur perancangan untuk menyerang kembali Madinah semula dan menghancurkan Islam sepenuhnya. Jadi tentera muysrikin Mekah yang diketuai oleh Abu Sufyan mendirikan khemah bagi tujuan berperang di al-Rouhaa.

Abu Sufyan mendengar kemaraan tentera-tentera Muslim. Dia berasa bimbang, dia mengetahui bahawa kekalahan tentera Muslim adalah hanya kerana kecuaian para pemanah tentera Islam. Maka, dia terpaksa membuat keputusan untuk mengundurkan pasukannya ke Mekah. Dan dalam pada masa yang sama, dia cube melengahkan dengan menghantar pasukan kecil bagi menghalang tentra Muslim untuk sampai ke Hamraa al-Asad.

Tetapi, pasukan tentera Muslim tidak telalu mengendahkan cubaan itu. Mereka tetap sampai dan berkhemah di Hamraa al-Asad selama tiga hari. Di malam hari mereka menghidupkan api sebagai tanda untuk mencabar tentera-tentera Musyrikin.

Abu Sufyan berasa takut. Jadi, dia mengarahkan tenteranya untuk berundur pulang ke Mekah

Kerana keputusan itu, Junjugan Rasulullah (saw) telah memulihkan kembali nama baik Islam di Semenanjung Arab.

Kisah 10 : Al-Miqdad bin al-Aswad

Allah (swt) mencintainya


Al-Miqdad memiliki kepercayaan yang amat mendalam kepada Allah (swt) dan Rasulullah (saw). Jadi, Junjungan Rasulullah (saw) berkata kepadanya dan kepada beberapa sahabatnya yang lain:

“Allah mengarahkanku untuk mencintai 4 orang, dan Dia (swt) memberitahuku bahawa Dia (swt) mencintai mereka. Mereka itu adalah Ali, al-Miqdad, Abu Dhar dan Salman al-Farisi”.

Seteleh kewafatan Baginda (saw). Ada sahabat berpendapat bahawa penganti kepadanya (saw) adalah Ali bin Abu Talib (as).

Tetapi ada beberapa umat Islam dari kaum Muhajirin dan Ansar telah mengadakan perbincangan di Saqifah, tempat Bani Sa’adah. Sebuah balai perjumpaan. Terdapat perdebatan yang serius dalam penentuan jabatan kekhalifahan. Dan akhirnya pengangkatan Abu Bakar sebagai Khalifah di dalam dunia Islam.

Al-Miqdad, Salman, Ammar, Abu Dhar, Abu Ayub al Ansari, al-Abbas bin Abdul Mutallib dan ramai umat Islam yang lain terkejut di atas pegangkatan itu. Mereka berdiri dibelakang Imam Ali bin Abu Talib (as).

Imam Ali (as) tetap dengan pendiriannya. Termasuk juga isteri beliau Fatimah al-Zahra (as), anak perempuan kesayangan Rasulullah (saw), yang menyokong beliau.

Fatimah al-Zahra (as) tidak berasa senang dengan perlantikan itu selepas kewafatan Ayahandanya (saw). Fatimah al-Zahra (as) meninggal 6 bulan selepas perlantikan Abu Bakar sebagai khalifah.

Imam Ali (as) telah dipaksa untuk memberikan baiat (sumpah setia) kepada Khalifah yang baru. Beliau (as) akur dengan paksaan itu agar umat Islam tidak berpecah-belah. Selepas itu semua sahabat Beliau (as) juga memberikan baiat.

Ramai yang tidak mahu mengiktiraf perlantikan itu, dan menimbulkan huru hara, ada yang tidak mahu membayar zakat kepada pemerintah baru, ada yang menentang secara diam-diam.

Al-Miqdad mengambil keputusan dengan memulakan perang suci. Beliau tidak menentang secara terbuka bagi mengelakkan umat Islam berpecah, dan senang dikalahkan oleh orang kafir. Beliau mengajar orang Islam mengenai al-Quran. Dan bacaannya menjadi terkenal di seluruh Syam.

Al-Miqdad tetap dengan keimanannya kepada Allah (swt) dan Rasulullah (saw). Beliau tidak pernah berganjak dari pegangannya itu.

Setelah itu, perlantikan terus dilakukan oleh Abu Bakar kepada Umar al-Khatab sebagai pengantinya tanpa ada apa-apa rundingan. Mereka meneruskan wasiat Abu Bakar, tetapi dahulunya mereka menidakkan wasiat Rasulullah (saw) dalam penentuan kekhalifahan ini. Di hujung pemerintahan Khalifah ke-2, beliau telah memilih 6 orang. Mereka adalah Ali bin Abu Talib (as), Uthman bin Affan, Abdul Rahman bin Auf, Saad bin Abi Waqas, Zubair bin al-Awam dan Talhah bin Abdullah. Pengundian melalui perbincangan itu bagi melantik salah seorang dari mereka bagi pengganti khalifah.

Sebahagian sahabat masih mengharapkan agar Imam Ali (as) dilantik. Maka dikatakan pada hari itu al-Miqdad melaungkan kata-katanya yang berbunyi:

“Jika kamu melantik Ali sebagai khalifah, kami akan mendengar dan patuh”.

Begitu juga Ammar bin Yasir yang menyokong kata-kata Miqdad. Tetapi mereka yang bercita-cita tinggi telah memainkan peranan yang penting di dalam pemilihan khalifah. Akhirnya Uthman bin Affan dipilih menjadi Khalifah.

Al-Miqdad hanya mampu melihat Khalifah Uthman tersasar dari yang dilakukan oleh Rasulullah (saw) di dalam pemerintahan. Tetapi beliau tetap setia bersama Islam. Pada umurnya menjangkau 90 tahun, beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s