Kumayl bin Ziyad

Kisah 1 : Kumayl bin Ziyad

Pembukaan


Di suatu malam hari Khamis, umat Islam baru sahaja menyelasaikan sembahyang malam mereka. Mereka berdoa kepada Allah, Tuhan yang maha pencipta, agar mengampuni dosa-dosa yang telah mereka lakukan. Mereka memohon kepada Allah agar mengasihi mereka.

Doa-doa dan kata-kata yang baik dan manis memenuhi segenap ruang masjid dan berkumandang naik ke langit. Doa-doa mereka terbang ke langit yang tinggi, munajat-munajat mereka yang berbunyi:

Ya Allah…. Aku berdoa kepada-Mu… dengan Rahmatmu yang meliputi seluruhnya…

Dengan kekuasaan-Mu… yang dapat menandingi semua… Dan semua ciptaan-Mu memohon kepada-Mu…

Doa siapakah ini…?

Kisah 2 : Kumayl bin Ziyad

Pembukaan


Beliau merupakan Kumayl bin Ziyad al-Nakhay. Beliau merupakan salah seorang sahabat Imam Ali (as). Beliau adalah seorang lelaki yang bijak dan ramai yang mematuhinya. Beliau berasal dari Yaman. Keluarganya tinggal di Kufah semasa pengangkatan Imam Ali (as) sebagai khalifah.

Abid a-Rahman bin al-Ashath mengetuai sebuah revolusi dalam menentang al-Hajjaj. Kumayl juga turut serta dalam pasukan revolusi itu. Beliau mengetuai batalion para pembaca al-Quran.

Kisah 3 : Kumayl bin Ziyad

Permulaan


Nabi kita, Nabi Muhammad (saw) pernah bersabda di dalam beberapa riwayat:

“Barang siapa yang mahukan dunia, maka hendaklah dengan ilmu, dan barang siapa yang mahukan akhirat, maka hendaklah dengan ilmu, dan barang siapa mahukan kedua-duanya, maka hendaklah dengan ilmu”.

“Aku adalah kota ilmu, dan Ali adalah pintunya. Barangsiapa yang mahu masuk ke dalam kota ini, haruslah melalui pintunya”.

Imam Ali (as) merupakan seorang ilmuan yang hebat selepas Rasulullah (saw). Beliau (as) pernah berkata:

“Rasulullah (saw) telah mengajarku 1,000 pintu keilmuan. Dan dari setiap pintu itu mempunyai 1,000 pintu”.

Beliau (as) juga berkata :

“Zakat kepada ilmu adalah dengan menyebarkannya”.

Oleh kerana itu, Beliau (as) mengajar para sahabatnya apajua yang dipinta oleh mereka. Pada suatu hari, Beliau (as) membawa Kumayl bersamanya ke luar kota Kufah. Semasa itu, hari telah malam. Langit penuh ditaburi dengan bintang. Angin dari utara bertiup segar.

Lalu Imam Ali (as) berkata kepada sahabatnya:

“Wahai Kumayl, hati ini adalah seperti bekas (kepada ilmu). Yang terbaik di antara mereka adalah yang terbaik dalam menjaganya. Jadi peliharalah atas apa yang aku akan sampaikan kepadamu:

Terdapat 3 jenis manusia. Jenis yang pertama adalah yang benar-benar mengenal Allah. Jenis kedua adalah yang mempelajari keilmuan sebagai cara penyelamatan. Dan yang ketiga adalah manusia yang biasa; pengikut kepada setiap yang menangisi, dan yang menahan matanya apabila ditiup. Dan manusia ini tidak akan menemukan pencerahan di dalam kehidupannya oleh cahaya keilmuan, dan mereka juga tidak dimiliki dan tidak berpihak kepada mana-mana pihak pemerintah.

Wahai Kumayl, ilmu adalah lebih berharga dari harta kekayaan. Ilmu mengawasi engkau, tetapi engkau mengawasi harta. Harta akan berkurang jika engkau mengeluarkannya (membelanjakannya), tetapi sebaliknya, Ilmu akan bertambah jika engkau keluarkannya (mengajarinya).

Wahai Kumayl, ketahuilah orang yang mengumpul kekayaan akan mati begitu sahaja manakala orang yang mengumpulkan ilmu akan terus hidup selagi masa terus berlangsung”.

Kisah 4 : Kumayl bin Ziyad

Doa al-Khidir


Imam Ali (as) sedang duduk bersama para sahabatnya. Salah seorang darinya menayakan berkenaan tentang ayat al-Quran:

“..di dalamnya segala urusan dibuat berhikmah (dan ditetapkan)”

(ad-Dukhan 4)

Lalu Imam (as) menjawab:

“Ianya diturunkan pada 15 Syaaban”.

Lalu Beliau (as) menambah:

“Demi Allah! Manusia ditentukan nasibnya pada Syaaban ke-15. Jadi, seseorang itu perlu berdoa pada malam itu. Dia perlu membaca doa al-Khidir. Pasti Allah (swt) akan menerimanya”

Setelah itu perjumpaan itu dibubarkan. Kemudian itu hari beransur malam, dan orang-orang sudah masuk ke bilik untuk berehat dan tidur. Pada waktu itu, Kumayl masih belum terlena. Beliau bangun dan terus menuju ke rumah Imam Ali (as), beliau mempunyai soalan untuk ditanyakan.

Kumayl mengetuk pintu rumah Imam, dan Beliau (as) menyambutnya. Dan Imam (as) bertanya:

“Wahai Kumayl, apa yang membuat engkau ke mari?”

Kumayl menjawab dengan sopan:

“Wahai Amirul Mukiminin, doa al-Khidir!”.

Imam (as) tersenyum lalu beliau (as) berkata:

“Marilah duduk wahai Kumayl”. Kemudian beliau (as) berkata:

“Aku akan membacakan kepadamu doa itu. Bacalah pada setiap malam hari Khamis (malam Jumaat)”.

Imam (as) mula membacakan doa al-Khidir, dan Kumayl sibuk menyalinnya. Berjuta orang Islam membaca doa ini kerana jasanya yang meminta dan menyalinnya dari Imam (as) . Mereka turut  mengelarkan doa ini sebagai doa Kumayl.

Pada malam hari Khamis, jika kamu berkelapangan, bacalah doa Kumayl. Keimanan akan terpancar dari hati si pembaca. Doa ini akan mencerahkan perjalanan hidup kita sebagaimana ianya telah mencerahkan perjalanan hidup Nabi Khidir (as) dan Kumayl.

Kisah 5 : Kumayl bin Ziyad

al Hajjaj


Setelah Imam Ali (as) meninggal dunia, Muawiyah telah menjadi khalifah. Pemerintahan yang tidak adil menjadi penerus kepada pemerintahannya (as). Kehidupan di Kufah menjadi huru-hara.

Pemerintah yang baru itu, telah memenjara dan membunuh hamba-hamba Allah yang menjadi pengikut Ahlul Bayt Rasulullah (saw).

Ziyad bin Abeeh merupakan pemerintah di Kufah. Kemudian anaknya, Ubaidullah menjadi penerus kepada pemerintahan itu. Beliaulah yang merancang dan membunuh cucu Rasulullah (saw). Malahan dia juga membunuh seramai 70 orang sahabat Imam (as) dan juga keluarganya.

Al-Hajjaj telah melakukan semampunya untuk mengambil hati pemerintah bani Ummayyah. Di dalam penjaranya, terdapat 5,000 lelaki dan 30,000 wanita.

Penjara al-Hajjaj tidak memiliki bumbung. Tahanan-tahanan itu terdedah kepada terikan matahari dan juga terdedah kepada cuaca yang tidak menentu. Pada siang hari, cuaca amat panas terik, dan manakala pada waktu malam, cuaca yang teramat sejuk menyelubungi tahanan-tahanan.

Seorang lelaki telah dipenjarakan selama sebulan. Satu hari ibunya pergi ke penjara itu untuk melawatnya. Ibunya tidak dapat mengecamnya apabila melihatnya. Lalu wanita tua itu berkata:

“Dia bukan anakku. Anakku berkulit putih. Lelaki muda ini adalah seorang Negro. Aku tidak mengenalinya”.

Tetapi lelaki itu tetap berkeras, dan menceritakan kepada ibunya beberapa perkara berkenaan keluarga mereka dan tanda-tanda dibadannya. Akhirnya ibu lelaki tersebut yakin bahawa itu adalah anaknya. Wanita itu meraung kesedihan, dan akhirnya wanita tua itu meninggal dunia kerana terlalu sedih mengenangkan nasib anak kesayangannya itu.

Kisah 6 : Kumayl bin Ziyad

Revolusi


al-Hajjaj amat membenci Ahlul Bayt dan syiahnya (syiah=pengikut). Jadi, dia memenuhkan semua penjaranya dengan syiah Ahlul Bayt (pengikut keluarga Rasulullah SAW). Tahanan ini tidak melakukan kesalahan tetapi hanya kerana kecintaan mereka kepada keluarga Muhammad (saw). Sokongan mereka yang tidak berbelah bagi, membuatkan al-Hajjaj dan semua para pembesar bani Ummayyah terasa tergugat akan kedudukan mereka sebagai pemerintah.

Al-Hajjaj merupakan seorang yang zalim. Ramai yang membencinya. Mereka memohon kepada Abid al-Malik agar membuang al-Hajjaj dari jawatannya. Tetapi Abid al-Malik tidak mengendahkannya, kerana al-Hajjaj mahu memperkuatkan kedudukan pemerintahan bani Ummayyah dengan kekerasan agar semua orang tunduk dengan undang-undang barunya.

Al-Hajjaj seorang yang sangat licik. Dia menghantar orang-orangnya untuk berperang dan menguasai tanah-tanah jajahan. Setelah menjajah, lelaki-lelaki dijajah itu dipaksa menjadi tentera-tenteranya. Dengan itu bertambahlah bilangan tenteranya untuk menjajah tanah-tanah dan negeri  yang lain. Dan dalam pada masa yang sama, adalah mudah untuknya untuk memusnahkan orang-orang yang tidak setia kepadanya.

Kisah 7 : Kumayl bin Ziyad

Abid al-Rahman bin al-Ashath


Raja Ratbil merupakan pemerintah negara Turki. Al-Hajjaj menghantar Abid al-Rahman ke Turki untuk menawannya. Abid al-Rahman masuk jauh ke dalam tanah Turki. Dia memenangi beberapa siri peperangan, setelah itu dia mengutuskan surat kepada al-Hajjaj. Di dalam surat itu Abid meminta agar peperangan itu dihentikan sementara agar askar-askarnya dapat berehat.

Tetapi al-Hajjaj membalas surat itu dengan penuh rasa ketamakan dan kezaliman. Al-Hajjaj tidak membenarkannya, malahan dia mengarahkan Abid al-Rahman agar terus memasuki tanah Turki. Lagi segera dia dapat menjajah, lagi segera dia dapat melebarkan kuasanya, merampas segala kekayaan, memeras agar menyertai tenteranya dan yang paling utama; dapat memburu penyokong dan pencinta Ahlul Bayt.

Abid al-Rahman dan askarnya mengetahui tentang niat jahat al-Hajjaj. Jadi, mereka memutuskan untuk melakukan revolusi ke atas al-Hajjaj dan Abid bin al-Malik.

Selepas Abid al-Rahman mengumumkan revolusi itu, dia dan askar-askarnya bertapak dibumi Turki. Ramai yang menyertainya. Termasuk dengan para pembaca al-Quran yang merupakan kumpulan yang pertama menyokongnya.

Para pembaca al-Quran menubuhkan sebuah pasukan ketenteraan, di mana Kumayl bin Ziyad mengetuainya.

Oleh kerana orang Kufah menderita menangung kezaliman al-Hajjaj, mereka juga menyokong revolusi itu.

Jumlah para revolusi telah melebihi seratus orang. Mereka terdiri dari para pembaca al-Quran, para ibadah, orang soleh, penyajak, dan rakyat jelata. Separuh daripada mereka adalah yang bukan Arab. Mereka menderita kerana diskriminasi perkauman. Para pemerintah Ummayyah lebih mementingkan puak Arab dari yang bukan Arab.

Said bin Jubair, seorang hakim yang terkenal, merupakan salah seorang para revolusi. Melalui beliau jua, orang ramai bersatu bagi memulakan revolusinya.

Para penyajak juga meminta Abid al-Rahman untuk meneruskan revolusi ini bagi mengakhiri pengzaliman ini.

Kisah 8 : Kumayl bin Ziyad

Pertarungan


Pada tahun ke-81 selepas hijrah, Abid al-Rahman bersama para revolusi pergi menuju ke Iraq. Pertempuran yang sengit telah berlaku di sana. Para revolusi telah mengalahkan tentera-tentera al-Hajjaj. Mereka menawan banyak bandar, sebagai contoh Sajestan dan Kirman di Iran, Basrah dan Kufah di Iraq.

Abid bin al-Malik mengutuskan seorang lelaki kepada Abid al-Rahman bagi mengadakan perbincangan dengannya. Belaiu menerima beberapa syarat, seperti melucutkan jawatan al-Hajjaj dari jawatannya.

Semua umat Islam bergembira di atas pembebasan dan kemenangan mereka. Mereka juga memaksa agar Abid bin al-Malik juga dikeluarkan dari pejabatnya kerana disebabkan dia melantik al-Hajjaj sebagai pemerintah ke atas mereka.

Oleh kerana itu, Abid al-Malik menghantar bantuan ketenteraan kepada al-Hajjaj. Begitu juga para tentera dari Khurasan, Iran juga menyertai mereka juga.

Kisah 9 : Kumayl bin Ziyad

Peperangan Dir al-Jamajim


Kedua-dua bala tentera bertemu di Dir al Jamajim, sebuah kawasan di Kufah. Pertempuran itu adalah pertembungan antara al-Hajjaj menentang Abid al-Rahman.

Pasukan tentara Abid al-Rahman mengalami kekalahan. Ada para pejung terpaksa berundur, dan ada yang meninggal dunia. Abid al-Rahman sendiri telah menyelamatkan dirinya ke Turki. Dan beberapa para revolusi juga seperti Said bin Jubair dan juga Kumayl bin Ziyad menghilangkan diri.

Al-Hajjaj mula menghantar tenteranya bagi mengesan saki baki para revolusi. Dia menghukum pancung sesetengah darinya. Ramai yang dapat bersembunyi dari tentera-tenteranya.

Selepas peperangan di Dir al-Jamajim, Kumayl bin Ziyad telah bersembunyi dari para pengintip al-Hajjaj. Pihak polis mencarinya diserata tempat.

Akhjirnya Al-Hajjaj mengunakan helah bagi menangkapnya. Dia mengarahkan agar menganggu pengikut-pengikut Kumayl. Mereka juga menyekat aliran wang kepada pengikut Kumayl. Dan kerana itu, ekonomi mereka menjadi bertambah teruk.

Kumayl mendengar tentang perkara itu. Belaiu menjadi bertambah sedih dan mempunyai pilihan yang terhad. Maka, beliau mengambil keputusan untuk menyerah diri  sahaja kepada al-Hajjaj.

Kisah 10 : Kumayl bin Ziyad

Kenangan


Kumayl keluar dari persembunyiannya, dengan berani beliau tampil di hadapan pasukan polis al-Hajjaj. Dalam pada itu, dia teringat akan hari-hari yang indah semasa dia bersama guru dan ketuanya, Imam Ali (as).

Kumayl mengenangkan pada hari semasa dia mengetuai tentera seramai 400 pejuang untuk berdepan dengan tentera Mu’awiyah.

Kumayl terkenang pada hari semasa mengejar para penceroboh Kirkeesya. Beliau terkenangkan bagaimana Imam Ali (as) berasa marah dan cemas sebagaimana tercatat di dalam surat yang dihantar oleh Imam (as), akan tindakannya meninggalkan sempadan negara bagi mengejar penceroboh itu tanpa membawa tentera.

Surat Imam (as) berbunyi seperti berikut:

“Apa yang pasti, engkau telah pergi ke Kirkeesya. Engkau telah meletakkan keadaanmu tanpa perlindungan. Sesungguhnya idea itu tidak betul sama sekali. Kamu telah menjadikan diri kamu sebagai tembok kepada musuhmu dalam mempertahankan sahabat-sahabatmu”.

Kisah 11 : Kumayl bin Ziyad

Bersemuka al-Hajjaj


Wajah Kumayl bercahaya, beliau memiliki janggut yang putih dan tersisip rapi. Hatinya begitu mantap dengan kepastian dan keimanan kepada Allah (swt).

Kumayl masuk ke dalam istana al-Hajjaj. Beliau melihat al-Hajjaj sedang duduk dan dikelilingi oleh para pengawalnya. Beliau juga melihat tukang pancung al-Hajjaj sedang memegang pedangnya.

Kumayl mengetahui bahawa al-Hajjaj akan memenggalnya, Imam Ali (as) telah mengkhabarkan beliau tentang perkara ini dahulu.

Tanpa memperdulikan al-Hajjaj, Kumayl dengan beraninya berkata:

“Ketuaku, Imam Ali (as) telah memberitahuku bahawa kamu akan membunuhku. Wahai musuh Allah (swt). Lakukanlah apa yang engkau suka! Dan ketahuilah bahawa pembunuhan ini akan dihitung pada Hari Perhitungan dan Pembalasan.

Al-Hajjaj berkata :

“Lupakan ketua engkau bagi menyelamatkan jiwamu”.

Lalu Kumayl berkata:

“Tunjukkan kepadaku agama yang lebih baik dari agama Ali!”

Lalu al-Hajjaj mengarahkan tukang pancungnya agar segera memancung Kumayl.

Tinggalah sejarah Kumayl dalam menetang kezaliman yang melampau oleh al-Hajjaj.

Sehingga ke hari ini, para penzairah akan melihat makam Kumayl di atas tanah di Wadi as-Salam di tanah Najaf, Iraq.

Setiap malam hari Khamis, alunan doa nabi Khidir yang dikenali juga sebagai doa Kumayl, berkumandang naik ke langit yang penuh bertaburan dengan bintang. Doa itu mengigatkan kita tentang pengorbanan besar seorang syahid yang berkaitan dengan doa seorang Nabi yang ulung. Maka dengan itu, keilmuan yang dikongsi ini menjadikan beliau dikenang dan sentiasa ‘hidup’ sampai bila-bila.

Selawat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s