Ammar bin Yasir

Kisah 1 – Kisah Ammar ibn Yasir

Sejarah Bapa Ammar


Keluarga Ammar berkuturunan Yaman, tetapi bagaimana keluarganya boleh menetap di Mekah?

Ceritanya bermula, apabila bapa Ammar iaitu Yasir dan dua orang adik beradiknya mencari saudaranya yang hilang di serata tempat sekitar Yaman. Tetapi mereka tidak menjumpainya. Mereka mengambil keputusan untuk mencarinya di Mekah. Malangnya mereka tidak juga menjumpai saudaranya yang hilang itu.

Kerana itu Al-Harith dan Malik mengambil keputusan untuk pulang ke Yaman, tetapi Yasir mengambil keputusan sebaliknya. Beliau mahu terus tinggal di Mekah, untuk tinggal berdekatan dengan rumah Allah, Masjidil Haram.

Beliau menyertai kumpulan Bani Makhzoom. Beliau berkahwin dengan seorang hamba perempuan. Hamba tersebut bernama Summayyah.

Hari demi hari, akhirnya Summayyah telah melahirkan seorang bayi. Ayahnya memberikan nama bayi tersebut dengan nama Ammar.

Kisah 2 : Ammar bin Yasir

Perjumpaan di rumah sahabat


Junjungan Rasulullah (saw) bertemu dengan pengikutnya secara rahsia di rumah sahabatnya yang bernama al-Arqam. Baginda (saw) mahu menyembunyikan agamanya agar penentangnya seperti Abu Jahal, Abu Sufyan, Umayyad dan semua penyembah-penyembah berhala tidak menyakiti dan menzalimi mereka.

Suatu hari Ammar bin Yasir hadir ke rumah itu, beliau melihat seorang lelaki berdiri di pintu. Lelaki itu adalah Suhaib. Ammar berkata kepadanya:

“Wahai Suhaib, apa yang engkau lakukan di sini?”

Suhaib menjawab:

“Aku datang untuk mendengar kata-kata Muhammad. Kamu pula, atas urusan apa datang ke sini”.

“Aku juga mempunyai tujuan yang sama”.

Kedua-dua pemuda itu tersenyum dan masuk ke rumah al-Arqam. Dengan khusyuk mereka mendengar kata-kata Allah (swt) melalui bacaan al-Quraan yang disampaikan oleh Rasulullah (saw). Hati Ammar bertambah yakin dengan Allah. Dia merasakan jiwanya penuh dengan keimanannya, bagai air hujan yang turun memenuhi bejana.

Apabila Ammar dan Suhaib mahu meninggalkan rumah al-Arqam, lalu Junjungan Nabi Muhammad (saw) berkata kepada mereka:

“Tunggu di sini sehingga malam”.

Rasulullah (saw) berasa bimbang jika puak Quraish akan mencederakan mereka. Ammar menunggu sehingga malam gelap. Barulah beliau bergegas pulang ke rumahnya. Ibu dan bapanya menunggunya dengan perasaan yang bimbang.

Apabila Ammar masuk ke dalam rumahnya, kedua orang tuanya itu kembali ceria. Ammar menceritakan semula apa yang beliau pelajari daripada Rasulullah (saw). Ammar mula bercerita berkenaan Islam, agama Allah (swt).

Kisah 3 – Kisah Ammar ibn Yasir

Ammar sahabat Rasulullah SAW


Ammar telah dilahirkan empat tahun sebelum kelahiran Rasulullah (saw) . Dan Nabi kita Muhammad (saw) dilahirkan pada tahun gajah.

Apabila Ammar meningkat remaja, beliau telah bersahabat dengan Nabi Muhammad saw. Beliau menjadi teman rapat Baginda (saw).

Ammar sangat mengasihi Junjungan Muhammad saw kerana akhlaknya yang sungguh baik.

Semasa Ammar berusia dua puluh sembilan tahun, manakala Nabi Muhammad saw berusia dua puluh lima tahun. Mereka berdua berjalan di antara bukit Safa dan Marwan, Hala, adik kepada Khadijah binti Khuwailid mendekati mereka.

Hala memanggil Ammar ke tepi dan berkata kepadanya:

“Katakan kepada Muhammad supaya mengahwini kakak ku, Khadijah”.

Dipendekkan cerita Nabi Muhammad telah menerima lamarannya dan menerimanya sebagai isteri. Kemudian perkahwinan yang dirahmati itu pun belangsung.

Setelah Allah mengangkat Nabi Muhammad saw menjadi Rasulullah (Pesuruh Allah), Ammar bersama ayah dan ibunya (Yasir dan Summayyah) terus mempercayai akan kerasulan Baginda (saw).

Kisah 4 – Kisah Ammar ibn Yasir

Dendam Abu Jahal ke atas Keluarga Ammar


Abu Jahal mendapat berita bahawa Ammar telah menjadi seorang Muslim. Dia menjadi sungguh marah.

Abu Jahal mengetuai kumpulan penyembah-penyembah berhala telah ke rumah Yasir. Mereka datang menyiksa keluarga Yasir. Mereka membakar rumahnya dan mengheret Yasir, Ammar dan Summayya ditengah-tengah padang pasir di luar Mekah.

Mereka merantai dan menyiksa Ammar sekeluarga. Mereka menyebat sehingga luka dan mengalir darah dari badan. Kemudian mereka menyalakan api untuk membakar mereka sekeluarga. Tetapi keluarga kecil itu tetap mempertahankan kepercayaan mereka.

Cuaca sangat terik pada tengahari itu. Panas betul-betul membakar kulit. Abu Jahal dan pengikutnya pulang semula ke Mekah. Mereka di tinggalkan di tengah-tengah padang pasir itu.

Setelah mereka pergi, Nabi kita, Nabi Muhammad saw melewati keluarga yang didera itu tadi. Baginda menangis dan berkata:

Wahai keluarga Yasir, bersabarlah dan bertahanlah. Kamu semua akan ditempatkan di syurga.

Summayyah, ibu Ammar, berkata dengan penuh keyakinan :

Aku mengaku, bahawa engkaulah Pesuruh Allah. Dan engkau telah menjanjikan perkara yang benar.

Abu Jahal dan pengikutnya itu datang kembali. Ditangannya terdapat sebatang kayu yang panjang. Dia mula mendera mereka secara rakus.

Sembah tuhan-tuhan kami, tinggalkan Muhammad.

Summayyah meludah muka Abu Jahal dan berkata:

Betapa buruknya engkau dan tuhan-tuhan engkau.

Abu Jahal bertambah marah. Dia mengangkat kayu itu dan menikam perut Summayyah. Dia menikam-nikam tubuh Summayyah sehingga beliau meninggal dunia. Di atas mempertahankan akidahnya, beliau menjadi syahid pertama dalam sejarah Islam.

Setelah itu Abu Jahal menyepak-yepak perut Yasir, bapa Ammar, sehingga mereka meninggal dunia.

Ammar melihat apa yang berlaku ke atas kedua ibubapanya, beliau menangis. Kemuadia Abu Jahal menjerit kemarahan kepadanya:

Jika engkau tidak menyembah tuhan-tuhan kami, aku akan bunuh kamu:

Ammar tidak dapat menahan lagi di atas kekejaman yang dihadapinya. Dengan berat hati, beliau berkata:

Hubal (patung sembahan) yang teragung.

Ammar memuji sembahan mereka untuk menyelamatkan dirinya terus di siksa. Abu Jahal dan pengikutnya berasa gembira, dan melepaskan beliau pergi.

Kisah 5 – Kisah Ammar ibn Yasir

Keyakinan Di Dalam Hati


Ammar pergi bertemu Rasulullah SAW. Beliau bukan menangis kerana kesyahidan kedua orang tuanya ataupun kerana kekejaman yang dialaminya kerana di dera. Beliau menangis kerana telah memuji sembahan Abu Jahal dan pengikutnya.

Rasulullah SAW menenangkan Ammar atas kesyahidan. Kesedihan Ammar amat mendalam, beliau menangis. Lalu beliau berkata:

Wahai nabi Allah, penyembah berhala itu tidak akan melepaskan aku dan memaksa aku untuk tunduk kepada tuhan-tuhan mereka.

Dengan nada lembut Baginda SAW berkata:

Bagaimana pula dengan hati kamu, wahai Ammar.

Ammar menjawab:

Wahai Rasulullah, hatiku penuh dengan keimanan kepada Allah.

Lalu Baginda SAW berkata:

Janganlah engkau bimbang wahai Ammar! Allah SWT telah menurunkan ayat berkenaan keadaan kamu:

“Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar”.

Surah Nahl ayat-106

Kisah 6 – Kisah Ammar ibn Yasir

Penghijrahan


Keadaan orang-orang Muslim di Mekah bertambah kritikal. Jadi, nabi kita, Nabi Muhammad SAW telah mengarahkan para pengikutnya untuk berhijrah ke Madinah.

Ammar merupakan salah seorang yang turut berhijrah kerana Allah SWT.

Ketika penghijrahan Baginda SAW, kegembiraan telah memenuhi di setiap pelusuk Yatrib. And semua yang berhijrah hidup selamat di samping saudara-saudara baru mereka di sana.

Setelah itu Yatrib telah ditukarkan nama kepada Madinah al-Munawarrah.

Perkara pertama yang difikirkan oleh Rasulullah SAW adalah membina masjid. Ini bertujuan supaya umat Islam dapat menyembah Allah SWT dengan aman. Dalam pada itu juga ianya adalah tanda kekuatan orang Islam dan sebagai istana kepada masyarakat Muslim.

Dengan semangat yang tinggi, masyarakat Muslim memulakan pembinaan Masjid Nabi.

Mereka bergotong-royong membina masjid itu, ada yang mengangkat tanah, ada yang membuat batu-bata dan ada yang mengumpulkan kayu-kayu untuk dijadikan dinding.

Tuan kita, Rasulullah SAW berkerja menyiapkan masjid itu bersama-sama para sahabatnya. Walaupun Ammar telah diliputi dengan debu-debu tanah, tetapi beliau tetap bekerja dengan rajinnya.

Setiap muslim mengangkat sebiji batu-bata yang besar, tetapi Ammar telah telah mengangkat dua. Oleh kerana itu, Rasulullah SAW berkata kepadanya:

“Mereka (orang Muslim) akan mendapat satu ganjaran, dan kamu akan mendapat dua”.

Untuk meningkatkatkan semangat orang-orang Muslim dalam membina masjid Nabi, Ammar telah berulang-ulang kali menyebut ayat ini bagi menaikkan semangat orang-orang Muslim:

“Sesiapa yang membina Masjid tidak sama dengan sesiapa yang cuba mengelakkan diri dari terkena debu-debu tanah ini”

Ada beberapa sahabat Baginda SAW telah mengelakkan diri mereka dari terkena debu tanah ini. Mereka menjadi sakit hati dengan kata-kata Ammar ini. Othman menghampiri Ammar dan mengherdik kepadanya:

“Aku akan pukul hidung kamu dengan kayu ini..!”

Ammar memehartikan sahaja gelagat Othman tanpa berkata apa-apa lagi.

Rasulullah SAW mendengar akan herdikan itu. Baginda SAW terasa juga dengan kata-kata itu. Baginda SAW menghampiri Ammar dan berkata:

“Engkau adalah kesayangku”

Baginda SAW membersihkan debu-debu tanah dari muka Ammar. Kerana itu hati sahabat rapat Rasulullah SAW ini penuh dengan kecintaan kepada Baginda SAW.

Kisah 7 – Kisah Ammar ibn Yasir

Jihad (Peperangan Suci)


Hari demi hari berlalu. Allah SWT mahu menghukum mereka yang telah berbuat kejam kepada orang Muslim di Mekah dan merampas harta mereka.

Dengan ini Allah SWT, peperangan Badar telah berlangsung. Ammar merupakan salah seorang pejuang dalam memerangi kaum Quraish yang datang dari Syam. Orang-orang muslim mengetahui penyembah-penyembah berhala telah membentuk pasukan askar. Abu Jahal telah mengetuai pasukan itu. Dia membawa pasukannya ke Madinah al-Munawwarah.

Rasulullah SAW telah bertanyakan pendapat para sahabatnya. Setelah perbincangan itu, Baginda SAW membuat keputusan untuk berhadapan dengan penyembah-penyembah berhala itu. Baginda SAW mengarahkan Ammar bin Yasir dan Abdullah bin Masoud untuk mengintip pasukan kufar itu.

Ammar seorang yang berani. Beliau berjaya menyusup ke dalam kumpulan itu untuk mendapatkan maklumat.

Ammar dan Abdullah pulang ke Madinah. Ammar berkata:

Askar-askar kufar itu sebenarnya berada dalam ketakutan. Semua kuda-kuda mereka di dalam keadaan yang tidak tenteram. Ditambah pula dengan hujan yang lebat. Oleh kerana itu, secara amnya askar-askar Quraish mempunyai semangat yang cukup rendah.

Pada keesokkan pagi, apabila askar-askar kufar itu mendapati jejak-jejak tapak kaki di sekitar kemah mereka. Salah seorang daripada mereka, Munbih bin al-Hajjaj pakar dalam mengenal jejak-jejak itu berkata:

Demi al-Latta dan al-Uzza, ini merupakan kesan tapak kaki Ammar dan Abdullah..!

Kisah 8 – Kisah Ammar ibn Yasir

Perang Badar


Pada pagi yang hening, 17 Ramadhan 2 Hijrah, peperangan besar bermula di Badar. Kawasan 80 batu dari barat daya di Madinah al-Munawarah. Ini merupakan peperangan dalam sejarah awal perkembangan Islam. Orang kufar datang menyerang kawasan orang Muslim. Di dalam peperangan itu, Allah SWT menjaminkan kemenangan ke atas orang-orang kufar Quraish itu.

Ammar berjuang dengan penuh semangat. Apabila askar-askar kufar Quraish hampir kepada kekalahan dan mula melarikan diri, Ammar telah ternampak Abu Jahal. Beliau teringatkan hari-hari bilamana Abu Jahal menyiksa orang Muslim dan kedua orang tuanya. Sekarang, pedang-pedang orang Muslim telah menebus akan kezaliman orang-orang zalim kufar itu. Ammar mendongak ke langit dan mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas kejayaan yang dianugerahkan kepada orang Muslim.

Kisah 9 – Kisah Ammar ibn Yasir

Ammar Bersama Kebenaran


Ammar telah berusia enam puluh tahun. Walaubagaimanapun, beliau masih kuat dari seorang pemuda untuk berjihad di jalan Allah SWT. Ammar mempunyai keyakinan tinggi kepada Allah SWT. Beliau amat mencintai Rasulullah sebagai utusan kepada manusia, ketua kita Nabi Muhammad SAW. Begitu jua Rasulullah SAW juga, Baginda SAW amat menyayangi sahabat lama baginda, Ammar bin Yasir. Baginda telah bersabda:

Ammar bersama kebenaran dan kebenaran bersama Ammar. Dan kebenaran selalu bersama Ammar. Ammar memiliki keimanan yang amat tinggi. Ramai orang kufar ingin membunuhnya. Makanan terakhir kamu di dunia ini akan menjadi secawan susu masam.

Hari, bulan dan tahun bersilih ganti. Ammar sentiasa bersama Pemimpin kita, Rasulullah SAW. Beliau sentiasa berjihad pada jalan Allah menentang musuh-musuh Islam & kemanusiaan.

Pada tahun ke-11 hijrah, Rasulullah SAW dijemput oleh Allah SWT. Kewafatan Baginda SAW membuat semua umat Islam pada waktu itu berasa amat sedih. Ammar menangisi pemergian sahabat lama beliau, Rasulullah SAW. Beliau terkenang waktu-waktu remaja mereka semasa di Mekkah dan hari-hari yang dilalui untuk berjihad.

Ammar Radiallahuanhu (RA) tetap setia di dalam Islam. Beliau sentiasa berusaha di jalan Allah dan berkata perkataan yang benar. Beliau tidak takut pada sesiapa kecuali Allah SWT.

Ammar mencintai Ali bin Abu Talib kerana beliau selalu mendengar Pemimpin Agung kita, Rasulullah SAW bersabda:

“Ali, tidak ada seorang pun yang mencintaimu kecuali yang beriman dan tidaklah yang membencimu hanyalah orang yang munafiq”.

“Ali, engkau di sisiku umpama Harun di sisi Musa, tetapi selepasku tiada lagi Nabi”.

Semasa haji terakhir, Ammar melihat Nabi Muhammad SAW memegang tangan Imam Ali dan mengangkat sambil bersabda :

“Barang sesiapa mengangap aku adalah ketuanya, lelaki ini, Ali adalah ketuanya. Allah mencintainya kepada orang yang mencintai dia, dan membenci kepada yang menentangnya. Menyokong orang yang menyokongnya dan menentang kepada orang yang menentangnya”.

Dengan alasan ini, Ammar menjangkakan bahawa Ali akan di angkat menjadi Khalifah selepas kewafatan Baginda SAW. Tetapi perkara sebaliknya berlaku, Abu Bakar al-Sidiq telah menjadi Khalifah selepas itu. Tetapi ada sekumpulan menentang akan pengangkatan itu. Ammar juga menentang akan pengangkatan itu juga. Beliau berdiri di samping Imam Ali bin Abu Talib dan Fatimah al-Zahra, anak perempuan Baginda SAW, isteri kepada Imam Ali .

Selang beberapa bulan selepas kewafatan Baginda SAW, Pemimpin Seluruh Wanita Mukmin itu, Fatimah al-Zahra pulang ke rahmatullah mengikut jejak Baginda SAW.

 

Kisah 10 – Kisah Ammar ibn Yasir

Jihad (Peperangan Suci)


Ammar bin Yasir menyumbangkan sebahagian besar hidupnya untuk berjihad. Beliau memainkan peranannya sebagai pejuang dalam setiap peperangan untuk mempertahan Islam dari dizalimi oleh puak-puak kufar. Beliau juga berjuang mempertahankan umat Islam semasa penberontakkan di Yaman.

Semasa pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab selepas Khalifah Abu Bakar, Khalifah telah melantik Ammar sebagai pemerintah di Kufah.

Di Kufah, Ammar bin Yasir memerintah masyarakat di sana berdasarkan syariat Allah swt. Dan mereka sangat bersyukur dengan keadilan, ketenteraman dan kesaksamaan dalam pemerintahannya.

Kisah 11 – Kisah Ammar ibn Yasir

Syura (Perbincangan)


Kisah pembunuhan Umar bin Al-Khatab telah berlaku pada tahun ke-23 hijrah.

Sebelum kejadian itu, pergolakan demi pergolakan berlaku di dalam masyarakat Islam. Ada sebahagian orang Islam datang kepada Khalifah Umar sebelum kejadian pembunuhan itu dan mengesyorkan beliau melantik seorang Khalifah selepas beliau.

Khalifah Umar memutuskan dalam melantik Khalifah baru melalui keputusan Syura (perbincangan). Jadi beliau telah melantik enam orang dalam syura tersebut. Pertama Ali bin Abi Talib (as), Uthman bin Affan, Talhah, Zubair, Abdul Rahman bin Auf dan Saad bin Abi Waqas.

Khalifah Umar mengarahkan kesemua mereka untuk mengadakan syura tersebut di rumah salah seorang daripada mereka untuk melantik salah seorang untuk menjadi Khalifah dalam masa tiga hari.

Ammar mengharapkan mereka dapat melantik Ali kerana sumbangan serta lamanya beliau berjihad, kerana pertalian kekerabatan dengan Nabi Muhammad (saw), kerana ketinggian ilmunya, kerana jasanya yang banyak yang diketahui masyarakat arab dan kedudukannya yang tinggi di dalam dunia Islam.

Satu hari berlalu. Kemudian hari kedua. Tetapi masih belum ada kata putus dari mereka. Terdapat persaingan dalam menentukan samada Ali bin Abu Talib (as) dan Uthman bin Affan bagi Jabatan Kekhalifahan.

Satu kumpulan yang berkumpul seperti al-Miqdad, Ammar bin Yasir, al-Abbas dan beberapa pejuang-pejuang awal Islam sabar menunggu berhampiran dengan rumah itu. Mereka mengharapkan agar pengangkatan Ali sebagai Khalifah seterusnya.

Di satu kumpulan lain, kaum bani Ummayyah (sanak saudara Abu Sufyan) juga sabar menunggu berhampiran dengan rumah itu. Mereka pula mengharapkan agar Uthman bin Affan dilantik memegang tampuk pemerintahan selepas Khalifah Umar.

Bagi memastikan Abdul Rahman bin Auf dengar, Ammar sengaja meninggikan suaranya:

“Jika kamu mahu melihat persetujuan orang Islam maka lantiklah Ali”.

Dalam menyokong kata-kata Ammar, al-Miqdad pula berkata:

“Benar kata-kata Ammar. Jika kamu melantik Ali, kami akan dengar dan patuh kepadanya”.

Abdul Rahman yang belum mengundi, undi beliaulah yang menjadi penentu. Beliau mempunyai cita-cita untuk menjadi Khalifah. Beliau sangat berat hati untuk mengundi Ali. Ini adalah kerana beliau tahu bahawa Ali tidak akan melantiknya sebagai Khalifah selepas ini.

Jadi, Abdul Rahman bin Auf mengundi Uthman agar selepas ketiadaan Uthman kemudian hari, beliau akan diangkat menjadi Khalifah seterusnya.

Oleh itu, melalui syura itu Uthman diundi menjadi khalifah yang ke-tiga.

Iman Ali keluar dari rumah itu dan berkata kepada Abdul Rahman:

“Ini bukan hari pertama kamu menyokong sesama sendiri untuk menentang kami. Tetapi sabar merupakan yang terbaik dan Allah lah satu-satunya tempat kami berlindung atas perbuatan kamu”.

“Dengan Allah, kamu melantik Uthman menjadi khalifah dengan harapan agar kamu dilantik menjadi khalifah kemudian nanti”.

Ammar bin Yasir amat kecewa dengan keputusan itu. Baginya Ahlul Bait Rasulullah (saw) adalah lebih berhak bagi jabatan kekhalifahan berbanding orang lain dan kerana Allah swt telah senantiasa mensucikan mereka dari segala kekotoran dan dosa.

Kisah 12 – Kisah Ammar ibn Yasir

Penyisihan


Enam tahun berlalu pemerintahan Khalifah Uthman berlalu.

Secara beransur-ansur, Khalifah menyimpang dari Islam dan kepimpinan dan tauladan Rasulullah (saw).

Khalifah Uthman telah melantik ramai ahli keluarganya di kalangan Bani Ummayyah menjadi pemerintah di kota-kota besar jajahan Islam. Mereka melakukan banyak penindasan dan ketidakadilan dalam pemerintahan.

Sebagai contoh, Khalifah Uthman bin Affan melantik al-Waleed bin Utbah, saudara tirinya sebagai Gabenor Kufah yang baru. Al-Waleed seorang peminum arak dan pernah mendatangi masjid dalam keadaan mabuk. Saad bin Abi Wakkas merupakan pemerentah yang dipecat.

Selang beberapa tahun kemudian. Khalifah Uthman melantik Marwan bin Hakam menjadi permerintah bagi kerajaan besar Islam yang berpusat di Madinah. Marwan merupakan anak saudara kepada Khalifah Uthman bin Affan. Setelah Marwan dilantik, beliau telah memecat semua pemerintah-pemerintah kota yang lain. Salah seorangnya adalah sahabat besar Rasulullah (saw), iaitu Salman al-Farsi, dari kota Madaiin dan melantik keluarganya untuk mengantikan Salman.

Khalifah Uthman membelanjakan harta-harta orang muslim melalui tangan-tangan Bani Ummayyah dan membiarkan yang miskin terbiar dan hidup dalam kesempitan. Akhirnya berjaya juga keturunan Abu Sufyan yang dahulunya memerintah Arab Kufar Quraish di Mekah kembali dapat memerintah di seluruh jazirah Arab Muslim.

Kisah 13 – Kisah Ammar ibn Yasir

Perkataan yang benar


Di dalam perbendaharaan kerajaan Islam terdapat banyak barang-barang kemas. Beliau membahagi-bahagikannya di antara anak-anak perempuannya dan isteri-isterinya.

Khalifah Uthman berterusan dengan sikapnya yang pecah amanah dan rasuah. Pada suatu hari, beliau naik ke mimbar dan berkhutbah kepada orang ramai:

“Kami akan mengambil apa sahaja dari Perbendaharaan Umat Islam…”

Imam Ali bin Abi Talib berasa sungguh sedih apabila terdengar pengucapan Khalifah Uthman. Ammar bin Yasir diusia 90 tahun bangun dan bercakap perkataan yang benar:

“Dengan nama Allah, aku adalah orang yang pertama akan menghalang engkau dari berbuat sedemikian”.

Khalifah Uthman tersinggung dengan perkataan Ammar lalu berkata:

“Bin Yasir, berani kamu berkata begitu kepadaku!”.

Khalifah Uthman mengarahkan orang suruhannya menangkap Ammar. Orang suruhannya itu menangkap dengan kasar tanpa memikirkan siapa yang ditangkapnya itu samaada umurnya yang lanjut itu mahupun persahabatan kepada Rasulullah (saw). Mereka mencampakkan Ammar bin Yasir ke dalam bilik Uthman. Mereka merantaikan tangan dan kakinya.

Setelah itu Khalifah Uthman datang dan mula memukul Ammar di bahagian perutnya sehingga dia pengsan tidak sedarkan diri. Beberapa orang Muslim datang dan mengusungnya ke rumah isteri Rasulullah (saw), Ummu Salamah ra.

Setelah Ammar sedar, beliau teringat akan hari-hari yang lalu beliau didera di Mekkah. Beliau masih teringat sewaktu muda bagaimana Uthman menderanya tetapi pada waktu itu beliau boleh bertahan. Tetapi pada hari itu tidak lagi, dia sudah tua.

Ummu Salamah dapat merasakan keperitan setelah melihat keadaan Ammar yang amat teruk. Ummu Salamah menangis.

Lalu berkata Ammar bin Yasir :

“Ini bukanlah hari pertama bagi kita untuk tersiksa dari didera bagi pihak Allah swt”.

Kisah 14 – Kisah Ammar ibn Yasir

Abu Dzar dibuang daerah


Khalifah Uthman bin Affan telah memberi arahan agar Abu Dzar al-Ghifari salah seorang sahabat Rasulullah (saw) di buang daerah di sebuah gurun berhampiran Madinah kerana melawan pemerintahannya. Gurun al-Rabathah nama tempatnya. Di situ tiada penghuni kerana cuacanya yang amat teruk.

Lebih malang lagi, Uthman tidak membenarkan sesiapa pun pergi menjenguk Abu Dzar. Walaubagaimanapun, sebahagian sahabat dan keluarga Rasulullah telah keluar pergi menemui sahabat rapat Rasulullah (saw) itu.

Imam Ali bin Abi Talib (as), kedua-dua cucu Rasulullah Imam Hasan dan Iman Husin ahums, dan Ammar bin Yasir keluar pergi menziarahi Abu Dzar.

Imam Ali as berkata kepada beliau:

“Tidak mungkin Allah menghiburkan orang-orang yang mengusarkan kamu. Dan Allah tidak memberikan keselamatan ke atas orang-orang yang telah mengecewakan kamu. Demi Allah jika, kamu mahukan dunia mereka, mereka akan membuat kamu selamat. Dan jika kamu gembira dengan tindakan mereka, mereka pasti akan menyukai kamu”.

Abu Dzar al-Ghifari, bersama isteri dan anak perempuannya bertolak ke Gurun al-Rabatha. Beliau teringat akan kata-kata Rasulullah (saw):

“Wahai Abu Dzar, kamu akan hidup keseorangan dan mati keseorangan!”.

Kisah 15 – Kisah Ammar ibn Yasir

Kebangkitan


Kemarahan umat Islam memuncak kerana Uthman dan ahli keluarganya yang memerintah secara menindas, sama seperti sebelum ke datang Islam di Mekah. Sahabat-sahabat rapat Rasulullah (saw) di Madinah menulis dan mengutuskan surat keseluruh jazirah Islam:

“Jika kamu mahukan Jihad, maka marilah ke sini. Kerana Khalifah kamu telah merosakkan agama Muhammad”.

Kerana itu, deligasi daripada Kufah, Mesir, Basrah dan umat Islam yang menyokong, datang ke Madinah dan mengadap Khalifah bagi tujuan menyuruh pemerentahannya menukar dasar yang tidak amanah itu. Tetapi Khalifah Uthman telah mengarahkan agar mereka bersurai dan menghalau mereka. Lalu mereka pergi menuju ke rumah Ali bin Abi Talib, sepupu dan pemegang wasiat Rasulullah (saw).

Imam Ali as berharap agar Uthman akan menyesal dan menegakkan undang-undang Islam. Jadi beliau as pergi bertemu Uthman dan menasihatinya.

“Janganlah kamu menjadi alat kepada tangan Marwan. Janganlah biarkan dirimu diarah olehnya kepada perkara yang dia sukai. Jangan lupa kedudukanmu yang membayangi kedudukan Rasulullah (saw) dalam memimpin umat Islam”.

Khalifah Uthman tersedar dan bersetuju untuk bertemu orang ramai untuk menyatakan penyesalan dan taubatnya. Jadi dia keluar dan meminta maaf akan perbuatan buruk dalam pemerintahannya dan berjanji akan mengikuti semula hukum-hukum Allah SWT dan Rasulullah (saw). Tetapi Marwan pemerintah di Madinah yang licik telah menghasut dan berkata:

“Jangan kamu lemah kepada mereka ini. Kerjakan mereka!”

Nayylah, isteri kepada Khalifah Uthman bin Affan, tahu bahawa Marwan merupakan seorang lelaki yang masih menaruh dendam selepas kejatuhan Mekah kepada umat Islam. Beliau berkata kepada Khalifah Uthman:

“Dengarlah kepada Ali kerana orang ramai menyayagi dan mendengar kata-katanya, janganlah dengar kata-kata Marwan kerana orang ramai membencinya”.

Akhirnya Uthman berkeputusan tidak mengendahkan mana-mana nasihat yang baik untuk dilakukan. Jadi, orang ramai telah memberontak dan membunuhnya di dalam istananya.

Kisah 16 – Kisah Ammar ibn Yasir

Imam Ali (as)


Umat Islam telah beramai-ramai menuju kerumah Ali. Mereka beramai-ramai telah menyatakan agar beliau mengambil jabatan kekhalifahan.

Tetapi Imam membantah dan berkata:

“Carilah orang lain”.

Tetapi orang ramai menyedari bahawa Imam Ali sahajalah yang berhak bagi jabatan kekhalifahan itu. Oleh kerana itu, mereka tetap dengan keputusan mereka. Akhirnya, Imam akur bagi mengalas tanggungjawab dengan perasaan yang berat bagi menurunkan ketegangan setelah banyak perkara yang tidak baik berlaku.

Kisah 17 – Kisah Ammar ibn Yasir

Keadilan


Umat Islam bangun membantah demi keadilan. Pemerintah-pemerintah lantikan khalifah yang lalu masih duduk dijabatan dan wilayah masing-masing. Umat Islam terlalu marah di dewan mahkamah. Imam Ali (as) sebagai simbol keadilan.

Imam Ali (as) tidak mengecewakan umat Islam. Pada hari pertama menjawat jawatan Khalifah, beliau telah melucutkan semua pemerintah-pemerintah yang teruk pada zaman permerintahan Uthman bin Affan. Dan mengantikan dengan perintah yang baik.

Imam Ali (as) melucutkan Muwiyah sebagai gabenor Syam (sekarang Palastin, Lubnan, Suriah dan Yordania). Tetapi Mu’awiyah telah bercita-cita untuk menakluk Syam sebagai jajahannya. Dan seterusnya ingin menakluk seluruh jazirah Islam secara keseluruhannya. Jadi untuk menjadikan ianya rialiti, Mu’awiyah telah bangkit kononnya ingin menuntut bela akan kematian saudaranya Uthman ke atas kekhalifahan yang baru iaitu Khalifah Ali (as). Dengan alasan ini maka terjadilah perang Siffiin. Perang saudara pertama. Perang Siffiin berlaku di kawasan antara Syria dan Iraq.

Tentera Imam Ali dibarisi oleh ramai sahabat-sahabat besar Rasulullah (saw) seperti Ammar bin Yasir, Malik al-Ashtar, Abdullah bin Abbas, dan pengikut-pengikut mereka.

Manakala Mu’awiyah dan bala tenteranya yang menentang tentera Khalifah dibarisi oleh Marwan bin al-Hakam, Amru bin al-Ass, bin Abi-Maayad, dan seluruh pengikutnya yang keluar dari kekhalifahan Imam Ali menuju ke dunia Mu’awiyah.

Kisah 18 – Kisah Ammar ibn Yasir

Pemberontak akan membunuhmu


Kedua-dua bala tentera selalu mengungkapkan hadis Rasulullah (saw):

Wahai Ammar, engkau akan dibunuh oleh kumpulan yang memberontak”.

Ammar bin Yasir berada dipasukan Khalifah Ali (as). Beliau berusia sekitar 90 tahun. Walaubagaimanapun, beliau bejuang dengan beraninya semacam seorang pemuda selayaknya.

Beliau mendongak ke langit dan berkata:

“Ya Allah, jika engkau mahukan agar aku turun ke lembah  Euphrates ini, akan aku lakukan ya Allah. Aku tahu engkau merahmati ku untuk menentang kaum yang suka melakukan rasuah dan maksiat ini”.

Ammar sentiasa bersama kebenaran, dan kebenaran sentiasa bersamanya. Lalu beliau berkata lagi:

“Demi Allah, jika mereka (tentera Mu’awiyah) menyerang dan mengejar kita ke pokok kurma Hajar (Mekah), aku ingin mengatakan bahawa kita adalah benar dan mereka adalah salah”.

Semasa perang berlaku Ammar telah menegur pihak lawan:

“Siapakah yang mahukan rahmat Allah SWT”.

Sebahagian menyahut kata-kata beliau. Jadi, Ammar mengepalai mereka menentang musuh. Apabila sahabat-sahabatnya melihat Ammar melintasi tentera-tentera musuh itu, mereka kemudiannya mengikutinya.

Walaupun Ammar berpuasa, beliau telah bertarung dengan semangat yang hebat. Di tengah-tengah peperangan itu, Ammar bin Yasir melihat Amru bin al-Ass dan berkata kepadanya:

“Wahai Amru, malulah kamu, kamu menjual agamamu kerana Mesir”.

Sebenarnya, Mu’awiyah telah berjanji untuk memberi tanah Mesir kepada Amru al-Ass jika dia berpihak kepadanya.

Dengan helah, Amru al-Ass menjawab:

“Tidak! Aku menuntut kematian Uthman”.

Ammar membalas:

“Aku amat yakin, bahawa perbuatan engkau itu bukan kerana Allah”.

Lalu Ammar menasihatinya:

“Jika engkau tidak terbunuh pada hari ini, ketahuilah bahawa engakau akan mati jua pada esok hari. Dan setiap perbuatan itu adalah bergantung pada niatnya. Jadi, betulkanlah niatmu agar Allah akan menganugerahkan manusia itu berdasarkan niatnya”.

Kisah 19 – Kisah Ammar ibn Yasir

Perbicaraan


Umat Islam telah bercelaru. Mereka tidak dapat membezakan antara betul dan salah. Tetapi mereka berpandukan kepada sabda Rasulullah (saw) yang berbunyi:

“Pemberontak akan membunuhmu, Ammar”.

Tetapi Amru bin Al-Ass tetap dengan pendiriannya, berdiri di sisi Mu’awiyah, dia memujuk mereka dengan helahnya:

“Sabar! Ammar akan hadir dihadapan kamu nanti..!”

Hari demi hari peperangan berlalu, tetapi Ammar tetap berjuang dengan hak. Beliau tetap berdiri dengan Khalifah Ali (as).

Suatu hari, Ammar bin Yasir dan pengikut-pengikut Khalifah telah melancarkan satu serangan. Beliau berjuang dengan beraninya. Beliau teringat hari-hari semasa bersama-sama Rasulullah (saw). Beliau teringatkan peperangan yang telah dilalui mereka bersama. Perang Badar, Perang Uhud, dan peperangan-perangan di dalam sejarah Islam yang lain.

Walaupun Ammar berpuasa, beliau tetap berjuang. Apabila matahari terbenam, Ammar meminta sedikit ari agar beliau dapat berbuka dan menghilangkan kehausan. Salah seorang pejuang Islam pun membawanya sebuah cawan yogut. Ammar tersenyum. Dengan hati yang gembira beliau berkata:

“Malam ini, aku mungkin akan mati syahid.”

Sahabat lain bertanya, apakah rahsianya. Lalu Ammar berkata:

Kekasihku Rasulullah (saw) pernah memberitahuku:

“Para pemberontak akan membunuhmu. Dan makanan terakhirmu di dalam dunia ini adalah secawan yogut”.

Ammar (semoga Allah meredhainya) meminum yogut yang diberikan kepadanya. Setelah itu beliau sambung betempur sehingga beliau rebah ke bumi dan mati syahid.

Amat bergembira Mu’awiyah mendengar berita kematian Ammar. Tetapi Khalifah Ali (as) amat berdukacita akan kehilangan pejuang ulung Islam dan sahabat Rasulullah (saw). Sehingga ke saat itu, barulah umat Islam keseluruhannya mengetahui siapakah para pemberontak yang dimaksudkan oleh Rasulullah (saw) melalui hadisnya kepada Ammar.

Ada sebahagian askar yang berpihak kepada Mu’awiyah yang menunggu kedatang Ammar bin Yasir dibarisannya. Tetapi mereka melihat Ammar berjuang dengan beraninya disamping Khalifah Ali (as) sehingga mati syahid. Jadi mereka melepaskan diri mereka ke atas kata-kata Amru bin al-Ass, sahabat Mu’awiyah. Di dalam waktu-waktu tersebut, mereka mengambil kesempatan sewaktu malam yang gelap dan mereka secara diam-diam pergi menyertai pasukan Khalifah Ali (as). Mereka tahu mereka telah berdiri di jalan yang benar.

Kisah 20 – Kisah Ammar ibn Yasir

Penghabisan


Berita tentang kesyahidan Ammar bin Yasir telah tersebar di kedua-dua belah pihak umat Islam. Pasukan Khalifah atau Imam Ali (as) membuak-buak semangat mereka, tetapi tidak kepada pasukan Mu’awiyah.

Pada malam itu, pasukan Imam Ali (as) telah melancarkan satu serangan yang besar ke atas pasukan Mu’awiyah. Pasukan Imam Ali telah memenangi peperangan saudara itu. Tetapi Amru bin al-Ass telah membuat helahnya yang lain. Dia mengarahkan askar-askarnya di Syam supaya mengangkat al-Quran. Mereka memohon agar pasukan Khalifah agar sama-sama kembali ke kitab Allah.

Peperangan itu dihentikan. Kedua pasukan meletakkan senjata mereka di Lembah Siffin. Ke semua syahid dikebumikan di kawasan itu jugu. Jasad al-syahid Ammar bin Yasir juga dikebumikan di tanah itu juga pada usianya menjangkau sembilan puluh enam tahun.

Pada hari ini, apabila umat Islam menziarahi kawasan tersebut, kita akan melihat sebuah makam sahabat besar Rasulullah (saw) dibina sebagai tanda penghormatan kepadanya, yang telah memperuntukkan nyawanya berjuang kejalan Allah SWT. Apabila kesyahidan Ammar, barulah umat Islam sedar pasukan manakah yang benar di dalam peparangan yang pahit itu.

Selawat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s